Posts

Showing posts from October, 2015

Anak Oh Anak: Pengalaman Melahirkan Salsabila Bahagian 2

Image
Assalamualaikum semua,  Yuk sambung ke bahagian dua :)  Jam 3 pagi, aku terbangun daripada tidur. Tak lena. Dah mula rasa sakit-sakit. Pukul 4 ke 5 pagi aku mandi dan qiyam. Aku rancang untuk ajak suami ke hospital selepas subuh. Pukul 6 pagi suami bangun. Aku maklumkan padanya situasi aku dan dia bersetuju untuk ke hospital. Kami bawa semua beg ibu dan beg bayi yang aku dah siapkan seminggu lebih awal.  Aku salam dan cium tangan mak sebelum keluar dari rumah (abah ada di Langkawi kalau tak salah aku pada waktu itu). Pukul 7.10 pagi kami tiba di Hospital Ampang. Kami terus ke Dewan Bersalin dan aku menuju ke kaunter pendaftaran. Jururawat minta kad pengenalan dan buku pink dan meminta kami tunggu sebentar sebelum dipanggil. Nama aku dipanggil. Jururawat tanya beberapa soalan: "Datang ke sini kenapa ye puan?" Dalam hati aku, apa punya soalan daaa. Dah tentu aku rasa nak beranak itu yang aku datang sini. Hohoho. Mungkin memang dah prosedur kan? Aku ...

Anak Oh Anak: Pengalaman Melahirkan Salsabila Bahagian 1

Image
Assalamualaikum wrt wbt Apa khabar wahai pembaca sekalian? Moga sihat sejahtera hendaknya. Erm.. aku tengok semula blog aku, dan Masya ALLAH! Dah empat bulan aku tak menulis rupanya. Aku pun tak pasti apa yang membuatkan aku hilang fokus daripada menulis ni. Apa eh? Haha. Langsung tak ingat. Aku malas mungkin. Jap jap, aku rasa sebab aku tak ada 'mood' nak habiskan siri 'Working Experience' tu... Duk tangguh akhirnya empat bulan tak ada apa dalam blog. Siri tersebut masih belum tamat. Akanku usahakan supaya habis jua in shaa ALLAH. Hohoho.  Kali ini in shaa ALLAH aku nak kongsikan pengalaman melahirkan anak sulung kami, Salsabila binti Muhammad Amirul Azreen. Biarlah aku bermula dengan kisah aku mengidam nak makan ayam penyet di Restoran Wong Solo Taman Dagang.  Amirul layankan saja keinginan aku mengetahui yang aku mungkin beranak bila-bila masa saja. Yelah nanti nak kena tunggu habis berpantang baru dapat makan...sedihlah juga kan? Sebulan setengah tu nak tu...