Posts

Showing posts with the label driving licence

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Image
Pelekat P. Gambar diambil di dalam pejabat IMKEDA Cheras, 8 April 2015. Usai lulus ujian.  Punyalah panjang al-kisah perjalanan aku mengambil lesen memandu ni kan? Aku mula menulis pukul 9.15 pagi tadi, sekarang dah pukul 3 petang. Semangat ni. Semangat nak bagi habis cerita yang pastinya terpahat dalam kepala aku sampai bila-bila. Ambil lesen lima kali tu, agaknya dah layak disenaraikan dalam Malaysia Book of Records. Hihihihi. Dalam 'post' yang lepas, aku berharap sangat agar aku akan lulus kali ini, dan moga-moga aku dijadualkan dalam sesi pagi supaya aku tak perlu lagi menempuhi ketegangan mental dan fizikal seperti sebelum ini. 8 April 2015. Seperti biasa, Amirul hantar aku pagi-pagi di SAZA. Pukul 8.30 macam tu barulah bergerak ke IMKEDA Cheras. Aku beritahu pada Syafiqah tentang RM 50 tu, dan dia pun turut melakukan hal yang sama. Tapi rezeki aku dapat hari Rabu, ujian Ika dijadualkan pada hari Jumaat 10 April 2015. Aku ada juga maklumkan Adriana, tapi nampak...

Lesen Memandu Bahagian 4: Hampir ke situ

Image
Kereta Kancil digunakan untuk ujian di litar, manakala kereta Viva digunakan untuk ujian jalan raya. Gambar daripada Yahoo Images. Harinya sudah tiba. Kalau nak diikutkan rekod, ini adalah kali keempat aku menduduki ujian memandu. Sebelum 8 pagi aku dah menunggu di SAZA, Amirul hantar. Akan ada pekerja yang membawa calon ke IMKEDA Cheras. Berjumpa semula dengan wajah-wajah yang kukenal, Adriana dan Mamat A. Berkenalan juga dengan kawan baru, Shafiqah namanya. Sebaya dengan Adriana (19 tahun kalau tak salah). Dia ambil ujian ulangan bahagian litar. Jalan raya sudah lulus. Dia gagal di ujian parkir. Setibanya di sana, mula-mula kami mesti tengok jadual ujian. Aku, Adriana, Mamat A ambil semua ujian; litar dan jalan raya. Shafiqah ulangan di litar. Mamat B ulangan jalan raya. Nama kami semua dijumpai di Sesi 3. Aku dah tahu, pastinya lama tempoh menunggu.... sudahlah hari Jumaat, sesi 3 dah tentunya bermula lepas solat Jumaat. Sabar jelah... Nasiblah juga hari Jumaat, kami ...

Lesen Memandu Bahagian 3: Latihan dan Pra-Ujian

Image
Sekolah Memandu Saza, Ampang. Gambar lama. SAZA je masih di situ, kebanyakan kedai lain dah bertukar.  Kak Ros, kerani di SAZA cepat-cepat aturkan jadual latihan aku atas sebab aku membuat bayaran penuh. Latihan bermula pada awal bulan Januari. Latihan dibahagikan kepada dua; sesi 5 jam dan sesi 10 jam. Sesi 5 jam, pengenalan kepada RPK dan RSM. Kena hafal sampai lebam. Cikgu (yang aku dah lupa namanya) turut dedahkan aku kepada latihan parkir dan bukit. Untuk latihan 5 jam ini, ianya dilakukan di IMKEDA Keramat. Dalam perjalanan pulang, cikgu meminta aku memandu sampailah ke rumah. Ketar juga, yelah siapa yang tak ketar kan? Cikgu kata, "Awak boleh memandu ni". Eceh.... ye tak yelah cikgu. Hahaha.  Selesai latihan 5 jam, aku mendapat cikgu lain untuk latihan 10 jam yang berikutnya.  Aku minta cikgu yang garang supaya dapat ajar aku secara terperinci.  Kata Kak Ros, ramai calon berpuas hati dengan cara dan gaya pengajaran Pak Cik Ismail (PCI). Kalau dah calon s...

Lesen Memandu Bahagian 2: Sistem Baru

Image
Sekarang kita ke bahagian 2 pula. Dah bersedia? Hahaha. 2014.  25 tahun.  Sudah tamat pengajian di New Zealand pada bulan Jun.  Melalui sesi praktikum di MRSM Balik Pulau selama tiga bulan; Julai - Oktober.  Usai tamat sesi praktikum, aku sibuk dengan projek aku untuk berniaga pakaian muslimah. Lupa terus soal mengambil lesen padahal aku sudah menulis rancangan ini dalam senarai perkara yang aku mesti selesaikan. Aku lalai. Sehinggalah satu hari Mak tanya, "Sebah bila nak ambil lesen?" "Priority ni. Susah kalau tak ada lesen".  Waktu tu dah hujung bulan November rasanya. Barulah aku kelam-kabut nak mendaftar kelas memandu semula. Apa jua dokumen yang aku ada sebelum ni bersama-sama Surfine, dah tamat tempoh. Jadi aku buat semua segalanya daripada 0, kali ini dengan IMKEDA. Agak lewat aku mendaftar sebab aku akan bertembung dengan pelajar lepasan SPM yang berbondong-bondong turut serta mendaftar. Kalau aku dah daftar siap-siap selepas tamat praktikum pad...

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal

Image
Assalamualaikum wrt wbt.  Tajuk di atas merupakan satu topik penting dalam kehidupan aku. In shaa ALLAH memang banyak yang aku nak kupaskan apabila bercerita tentang lesen memandu ni. Pertamanya, alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam. Syukur ke hadrat-Nya akhirnya semalam, pada tanggal 8 April 2015, aku lulus ujian memandu pada umur 26 tahun, dan dengan adanya nyawa dalam rahimku.  ALLAH, ALLAH, ALLAH, rasa tak percaya dan nak menangis. Kenapa? Ok, untuk pengetahuan semua, ini adalah kali ke-5 aku menduduki ujian memandu ni. WHAT? Kali ke-5???!!! Ya, memang kalian tak salah baca, memang benar ini adalah kali kelima aku ambil ujian ni. Panjang ceritanya, memang panjang. Baiklah, biar aku cuba cerita daripada awal ok? Tidak seperti kebanyakan ibu bapa lain, Mak dan Abah tidak menanggung yuran mengambil lesen ni. Jadi kami semua mesti kumpul duit sendiri untuk ambil lesen memandu. Tak salah aku, cuma abang sulung je yang Mak dan Abah taja yuran kelas...