Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya
Pelekat P. Gambar diambil di dalam pejabat IMKEDA Cheras, 8 April 2015. Usai lulus ujian. Punyalah panjang al-kisah perjalanan aku mengambil lesen memandu ni kan? Aku mula menulis pukul 9.15 pagi tadi, sekarang dah pukul 3 petang. Semangat ni. Semangat nak bagi habis cerita yang pastinya terpahat dalam kepala aku sampai bila-bila. Ambil lesen lima kali tu, agaknya dah layak disenaraikan dalam Malaysia Book of Records. Hihihihi. Dalam 'post' yang lepas, aku berharap sangat agar aku akan lulus kali ini, dan moga-moga aku dijadualkan dalam sesi pagi supaya aku tak perlu lagi menempuhi ketegangan mental dan fizikal seperti sebelum ini. 8 April 2015. Seperti biasa, Amirul hantar aku pagi-pagi di SAZA. Pukul 8.30 macam tu barulah bergerak ke IMKEDA Cheras. Aku beritahu pada Syafiqah tentang RM 50 tu, dan dia pun turut melakukan hal yang sama. Tapi rezeki aku dapat hari Rabu, ujian Ika dijadualkan pada hari Jumaat 10 April 2015. Aku ada juga maklumkan Adriana, tapi nampak...