Anak Oh Anak: Pengalaman Melahirkan Salsabila Bahagian 1

Assalamualaikum wrt wbt





Apa khabar wahai pembaca sekalian? Moga sihat sejahtera hendaknya. Erm.. aku tengok semula blog aku, dan Masya ALLAH! Dah empat bulan aku tak menulis rupanya. Aku pun tak pasti apa yang membuatkan aku hilang fokus daripada menulis ni. Apa eh? Haha. Langsung tak ingat. Aku malas mungkin. Jap jap, aku rasa sebab aku tak ada 'mood' nak habiskan siri 'Working Experience' tu... Duk tangguh akhirnya empat bulan tak ada apa dalam blog. Siri tersebut masih belum tamat. Akanku usahakan supaya habis jua in shaa ALLAH. Hohoho. 

Kali ini in shaa ALLAH aku nak kongsikan pengalaman melahirkan anak sulung kami, Salsabila binti Muhammad Amirul Azreen. Biarlah aku bermula dengan kisah aku mengidam nak makan ayam penyet di Restoran Wong Solo Taman Dagang.  Amirul layankan saja keinginan aku mengetahui yang aku mungkin beranak bila-bila masa saja. Yelah nanti nak kena tunggu habis berpantang baru dapat makan...sedihlah juga kan? Sebulan setengah tu nak tunggu... Haha. 

Maka kami pun makanlah. Oh ye, hari tu hari Ahad, 26 Julai 2015. Usai makan, kami buat keputusan untuk tonton wayang di MBO Galaxy Ampang, cuma 100 meter saja daripada restoran. Walaupun tak banyak pilihan filem yang boleh ditonton, kami hentamkan saja sebab kami nak tebus 'point' keahlian kami sebelum aku beranak. Ya, semua nak buat sebelum aku melahirkan. Kami pilih untuk tonton 'Terminator Gynesis' tanpa perlu bayar satu sen pun untuk harga tiket sebab jumlah 'point' yang aku ada melayakkan kami berdua dapat tiket percuma. Maksudnya apa tahu? Aku dan Amirul memang kaki wayang! Boleh kata itulah yang kami lakukan untuk luangkan masa bersama-sama. Amirul bekerja enam hari seminggu. Jadi, apabila ada duit lebih sikit je kami akan tonton wayang. Hahaha. Masakan tidak, ada dua buah panggung wayang yang jaraknya kurang 5km dari rumah kami. Yay!! :D

Dah makan, dah beli tiket. Ada hampir satu jam lagi sebelum wayang bermula. Amirul ajak aku ke pusat karaoke bersebelahan dengan panggung wayang MBO sementara menunggu tu. Itulah pertama kali aku dengan Amirul masuk ke pusat karaoke bersama-sama. Amirul kaki karok juga sebelum berkahwin. Memang suaranya sedap dan ada bakat menyanyi. Aku? Suara tak sedap, menyanyi satu tona saja. Sungguh tak berbakat dalam bidang nyanyian. Perasan menyanyi sedap adalah. Sampaikan Amirul pun mengeluarkan komen yang sinis bila-bila masa aku menyanyi. Dia akan kata, "Wow! 'Sedapnya' suara baby!" Terima kasih abang... Terima baby seadanya.. Hohohoh.

Ok. Dah suami nak tunjukkan bakat, aku pun buatlah permintaan nak abang nyanyi lagu itu lagu ini. Hihihi. Antara lagu yang Amirul nyanyi termasuklah 'Cinta Sesungguhnya', 'Sedetik Lebih', 'Terima Kasih Cinta', 'Percayalah' (Dato' Siti), dan 'Aku Cinta Padamu'. Amirul ada minta aku menyanyi untuknya... Namun atas alasan 'Nanti terberanak kat sini...', aku dapat mengelak daripada menyanyi. Maafkan baby ye abang? Segan. Tak sedap... Isk isk isk...

Hampir sejam di pusat karaoke tu, kami pun bergerak menuju ke panggung wayang. Memanglah karut wal marut filem Terminator ni. Pening kepala nak memahami plot. Nasiblah aku faham juga. Kalau tidak, rugi sungguh rasanya walaupun tiket percuma. 

Habis wayang, balik rumah. Waktu tu dah dekat pukul 1 pagi. Solat Isyak, tidur. 
(cerita dah nak mula :D)

Kita sambung dalam 'post' seterusnyalah ye? Kalau tulis A-Z di sini panjang sangat penat nak baca. Kan kan? 

Nantikan ok?


Love,
Nusaybah.

Comments

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal