Anak Oh Anak: Pengalaman Melahirkan Salsabila Bahagian 2
Assalamualaikum semua,
Yuk sambung ke bahagian dua :)
Jam 3 pagi, aku terbangun daripada tidur. Tak lena. Dah mula
rasa sakit-sakit. Pukul 4 ke 5 pagi aku mandi dan qiyam. Aku rancang untuk ajak
suami ke hospital selepas subuh. Pukul 6 pagi suami bangun. Aku maklumkan
padanya situasi aku dan dia bersetuju untuk ke hospital. Kami bawa semua beg ibu dan beg bayi yang aku dah siapkan seminggu lebih awal.
Aku salam dan cium tangan mak sebelum keluar dari rumah
(abah ada di Langkawi kalau tak salah aku pada waktu itu). Pukul 7.10 pagi kami
tiba di Hospital Ampang. Kami terus ke Dewan Bersalin dan aku menuju ke kaunter
pendaftaran. Jururawat minta kad pengenalan dan buku pink dan meminta kami
tunggu sebentar sebelum dipanggil.
Nama aku dipanggil. Jururawat tanya beberapa soalan:
"Datang ke sini kenapa ye puan?"
Dalam hati aku, apa punya soalan daaa. Dah tentu aku rasa
nak beranak itu yang aku datang sini. Hohoho. Mungkin memang dah prosedur kan?
Aku layankan saja.
"Sakit nak beranak"
"Ada rasa contraction?"
"Ada"
"Sejak pukul berapa sakit?"
"Pukul 3 pagi"
"Ada tumpah darah?"
"Tak ada"
"Contraction berapa minit sekali?"
"Dalam 5-10 minit macam tu"
"Ok puan tunggu sebentar ye"
Ada beberapa soalan lain lagi yang ditanya. Tapi aku dah tak
ingat.
Nama aku dipanggil. Aku diminta untuk menyalin pakaian
hospital. Warna merah jambu. Rasanya ini untuk ibu-ibu yang hendak bersalinlah
kan? Kalau di wad lain rasanya taklah warna merah jambu. Hehehe. Aku tak ada
pengalaman atau sejarah dengan hospital. Alhamdulillah sehingga hari ini aku
hanya dimasukkan ke hospital atas sebab hendak bersalin. Tak pernah ada sakit
lain yang memaksa aku ke hospital. Syukur syukur... I'm a tough cookie. Hehehe.
Sambung semula daripada tukar pakaian tadi; aku diminta
untuk baring di atas katil yang kosong. Jururawat memasang alat di perut aku
untuk mengambil bacaan degupan jantung bayi. Kata mereka, cantik degupan
jantung anak aku. (Bacaan nadi tu keluar daripada mesin tersebut di atas kertas
ok? Entah apa namanya alat itu aku tak ambil tahu). Setelah itu, datang pula
seorang doktor perempuan bangsa Cina yang manis wajahnya dan tanya
berbagai-bagai soalan kepada aku. Antaranya,
"Puan ada darah tinggi atau kencing manis? Ahli
keluarga ada penyakit ini?"
"Buat check-up di mana?"
"Ini anak yang keberapa?"
dan.... aku dah tak ingat lagi. Hahaha.
Kemudian datang pula doktor lelaki bangsa India untuk
melakukan sesuatu.
"Puan, saya nak cek ye?"
Aku iyakan saja. Nak cek apa aku tak tanya betul-betul.
Rupanya dia nak cek bukaan. Aiyoooo doktor lelaki tu masukkan jari dia dalam
faraj aku. ALLAH ALLAH. Terkilan juga... kenapa mesti doktor lelaki yang
lakukan sesi tersebut? Sob sob sob.
Aku separuh menjerit semasa dia seluk tu. ALLAH sakitnya!
Serius aku cakap. Sakit gilaaa. Huhuhu. Doktor Cina tadi pegang tangan aku
sambil menenangkan aku. Sungguhpun menyeluk tu sekejap je, tapi sakitnya tuhan
saja yang tahu. T_T
Aku dimaklumkan bukaan cuma 1cm. Belum masanya lagi. Lagi
9cm baru boleh teran. Ooo..baru aku tau. Aku diminta pulang. Kata jururawat;
"Makanlah puas-puas dan tidur ke dulu. Nanti bila
contraction setiap 5 minit sekali baru datang balik. Jangan minum air zam zam
atau air selusuh ye? Sebab nanti baby akan cepat nak keluar, tapi bukaan masih
kecil. Sakit nanti."
"Ooo... Yeke? Ok baik baik. Ermm...air selusuh tu apa?
Tak pernah dengar."
(Aku dah tak ingat apa jawapan jururawat). Yang pastinya
kena elakkan kedua-dua cecair ini semasa tengah sarat sangat ni.
Kami pun beransur pulang; angkut balik beg-beg yang dah dibawa tadi. Sambil menuju ke kereta aku mengomel sendiri;
"Kenapa tak biar je kita duk sini? Kenapa suruh balik? Aiyaaa"
"Agaknya memang lambat lagi ye abang? Tapi sakit ni ha aduiii...."
Aku tanya aku jawab sendiri. Hahahaha. Kami beli nasi lemak di gerai luar hospital sebelum pulang. Aku bantai beli lauk paru kegemaran memikirkan nanti semasa pantang mana tahu kalau tak boleh makan kan? Rasanya memang tak boleh kot. Huhuhu.
Sampai rumah, cerita semula semua yang berlaku pada mak. Mak mengiyakan saja.
"Oo... belum lagilah tu. Kalau betul masanya, memang kau rasa sakit amat-amat sampai tak terkata....ha itu memang yelah tu."
"Hurm....," balasku.
Dan aku pun makanlah nasi lemak yang dibeli tadi dengan Amirul. Amirul bersiap-siap ke tempat kerja selepas makan. Yelah dah bukan masanya lagi, dia nak buat apa di rumah? Baik pergi kerja. (Hari ini hari Isnin, 27 Julai 2015).
Aku pula berusaha untuk tidur nak ganti semula tidur yang terganggu pagi tadi. Namun memang tak terganti tidur aku tu sebab contraction berlaku setiap 10-15minit. Sakit.... Setiap kali contraction, aku akan terjaga. Makin lama memang makin sakit sangat.... Tak terkata rasa sakit tu ooi... Nak menangis pun ada. Huwaaaa....
Aku masih ingat lagi aku melelapkan mata pada jam 1.00 tengahari, dan tepat jam 1.15 aku terjaga sambil terkejut sebab terasa contraction yang menyakitkan. Dan begitulah perkara yang sama terjadi apabila aku sambung semula tidur. Aku beristighfar dan selawat banyak-banyak kali semasa terasa kesakitan itu. Dah tak boleh tidur, aku baring saja yang alih-alih menyebabkan aku terlelap jua.
Masuk waktu 'asar. Kali ni memang tak boleh blah. Betul-betul setiap lima minit contraction berlaku. Apapun aku solat dulu. Kemudian aku cari mak di dapur. Mak sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa untuk dirinya dan abah. Abah dah sampai dari Langkawi. Mereka sedang puasa enam.
"Mak... sakit sangat ni mak. Adui..."
"Ha... Sebah. Memang nampak sakit betul dah tu. Kau dah nak beranak dah ni," kata mak.
"Pergilah bersiap. Tunggu kejap mak dan abah solat dulu dan bungkus makanan ni. Nanti buka puasa di hospital."
Aku pun apa lagi...bila mak dah cakap macam tu... cepat-cepat aku bersiap sambil menunggu mak dan abah siap.
Panjang dah ni. Kita sambung lagi di bahagian 3 in shaa ALLAH. Terima kasih kerana sabar mengikuti siri ini. Hehehe.
Love,
Nusaybah.

Comments
Post a Comment