Posts

Showing posts with the label love story

Cinta Antara Kita: Semakin Serius

Image
Amirul turut ikut ke Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA, Oktober 2010. Kurusnya kami berdua ya ampun! Assalamualaikum wrt wbt semua!!! Pa habaq? Moga semuanya sihat-sihat saja. Aku nak sambung kisah cinta aku dengan suamiku yang berjela-jela ni. Nak habiskan cepat-cepat. Hehe. Aku tamatkan 'post' yang lepas dengan cerita kami keluar bersama-sama untuk pertama kalinya. Baik, aku sambung kisah selanjutnya ok? Di kolej masing-masing, kami terus berhubung walaupun kami tak ada sebut tentang halatuju hubungan kami. Sehinggalah pada suatu hari aku cakap pada Amirul (tak pasti sama ada melalui percakapan atau SMS), "Aku taknak bercinta main-main. Kalau kau nak kahwin dengan aku, kita teruskan berhubung macam ni. Kalau tak, sekadar nak mengada-ngada suka-suka je, baik tak payah, buang masa je." Ya, lebih kurang macam nilah ayat aku kepadanya walaupun pada waktu itu kami hanya berumur 18 tahun. Aku tak ingat apa yang berlaku sejurus selepas aku ungkap kat...

Cinta Antara Kita: Bagaimana Kisah Kita Bermula

Image
Julai 2010, Floria Putrajaya. Membantu adikku Musfirah menyiapkan projeknya dengan menjadi jurugambar tidak bertauliah. Angkut Amirul sama-sama. Hoho. Zaman jahiliah kami. Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga kalian semua sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Hari ni hari Sabtu, 16 Mei 2015 bersamaan dengan 27 Rejab 1436. Selain kita menyambut Hari Guru pada tanggal hari ni, tarikh ini juga merupakan peristiwa Isra' Mikraj. Beberapa hari je lagi masuknya bulan Syaaban. Cepat betul masa berlalu, betul tak? Ini merupakan salah satu tanda-tanda akhir zaman... Kiamat sudah dekat, tapi apakah amalan kita semakin meningkat? Sama-samalah kita muhasabah diri... Baiklah tiba-tiba hari ni aku rasa nak berjiwang-jiwang sikit, nak tulis pasal suamiku yang kucintai. 'Font' pun aku saja tukar, ubah 'mood' sekali-sekala. Hehehe. Suamiku ialah Muhammad Amirul Azreen bin Mohd Azmi. Panjang sungguh namanya, ada 20 huruf. Nama aku senang, lapan huruf je, selesai. ...