Penat dah wish.
Malam semalam sambut birthday November babies dalam keluarga Asri & Jamilah. Suhail 20hb, Mak 22hb, Nawal 25hb, Riyadh 29hb. Suhail birthday boy belanja kek birthday tu. Sedap. Jarang-jarang kami pilih bukan cheese cake sebab rata-rata kami semua memang penggemar cheese cake. Tapi kali ni Suhail cuba sesuatu yang baru dengan membeli kek Triple Choc Hokkaido ke apa entah nama dia. Rasa macam Indulgence sikit, cuma lebih rich dan ada rasa macam biskut raya sikit pada KakSeb. Nampak laku kek tu maksudnya memang sedaplah kan. Kalau slow je maksudnya tak sedaplah tu kan. Hahahaha. Majlis santai je. KakSeb jadi host tak bertauliah, buat aturcara sikit, menu sikit, siapa beli kek, siapa bawa buah ha macam tulah. Isi penting penulisan kali ni, begini.... Birthday Suhail ni sama dengan beberapa orang, iaitu sepupu kami Hettira dan Pakcik Rahim; satu figura penting semasa KakSeb, Mus, Kakak, Amirul, Najmy serta Naqib dan Madihah lakukan kerja sukarela di Kemboja pada tahun 2010....