Penat dah wish.

 


Malam semalam sambut birthday November babies dalam keluarga Asri & Jamilah. Suhail 20hb, Mak 22hb, Nawal 25hb, Riyadh 29hb. 

Suhail birthday boy belanja kek birthday tu. Sedap. Jarang-jarang kami pilih bukan cheese cake sebab rata-rata kami semua memang penggemar cheese cake. Tapi kali ni Suhail cuba sesuatu yang baru dengan membeli kek Triple Choc Hokkaido ke apa entah nama dia. Rasa macam Indulgence sikit, cuma lebih rich dan ada rasa macam biskut raya sikit pada KakSeb. Nampak laku kek tu maksudnya memang sedaplah kan. Kalau slow je maksudnya tak sedaplah tu kan. Hahahaha.

Majlis santai je. KakSeb jadi host tak bertauliah, buat aturcara sikit, menu sikit, siapa beli kek, siapa bawa buah ha macam tulah.

Isi penting penulisan kali ni, begini....

Birthday Suhail ni sama dengan beberapa orang, iaitu sepupu kami Hettira dan Pakcik Rahim; satu figura penting semasa KakSeb, Mus, Kakak, Amirul, Najmy serta Naqib dan Madihah lakukan kerja sukarela di Kemboja pada tahun 2010. 

Maya cakap kat Suhail, "Suhail, Kak Hettira wish happy birthday. Birthday korang sama."

"Birthday Pak Cik Rahim pun sama jugak hari ni," kata KakSeb. Mak dan Abah kenal Pak Cik Rahim sebab ada beberapa kerjasama melakukan kerja-kerja sukarela di Kemboja yang Pak Cik Rahim turut terlibat sama.

"Kau wish lah kat Pak Cik Rahim Sebah," kata Mak. 

"Urmhhhh...." "Well, all my life I've been wishing everyone's birthday....I remember people's birthday, and I'm always the first to wish people...." kata KakSeb. Then abah menyampuk "So sekarang hang taknak wish dah lah," 

"Yes that's correct. Now I'm just so tired to do it anymore."

Especially tahun ni, memang sangat malaslah nak wish birthday orang ni sebenarnya. KakSeb masih lakukannya, tapi tidaklah sesemangat dan atau serajin sebelum ni. Kawan-kawan rapat, kawan dalam group whatsapp; KakSeb masih wish. Itupun tak semua. Pendek kata I am not as I used to be lah. Sebelum ni segala manusia aku wish birthday. Sekarang ni pilih-pilih ha macam tu. 

Tahun depan rasanya taknak dah wish birthday orang. Ataupun taknak dah jadi orang pertama yang wish dalam group. Nak kopipes je wish orang lain. Hahaha. So in return I kenalah juga chill jika tak ada orang wish birthday KakSeb. Hehe. All good. In shaa ALLAH. 

So itu jelah nak tulis. People change. They just change. For the better, for the worse, doesn't matter. All good when you believe it's good for you. 



Comments

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal