Posts

Showing posts from 2025

Scam Alert

Saya tulis di thread: Assalamualaikum warga thread, tadi ada orang call saya. Katanya dari S*opee ke L*zada ke entah. Dia kata nak bagi saya hadiah random sebab telah support these platform ke apa tak ingat. So dia nak bagi hadiah kat saya. Saya cam tak selesa so saya cakap, "Kalau saya taknak pun takpe kan?" Dia kata, "Kita nak bagi free je." Then dia sebut alamat rumah. Saya kata oh tu bukan alamat saya. Kemudian saya akhirnya bagi alamat rumah mak saya. Dia kata barang akan sampai dalam 3-7 hari. Dia akan call balik apabila barang sampai dan nak confirm kan dengan saya jika dah dapat barang. Saya duk fikir, nanti barang sampai memang aku takkan buka. Takut kena bayar ke apa ke. Saya tak teringat langsung pasal COD. Kot tiba-tiba masa hantar barang tu runner minta bayaran macam mana eh? Nak buat apa? Nak cakap ap? Nama memang nama saya dia sebut tadi. Kalau cakap je bukan barang kita, boleh je kan? ——- Setakat 2 jam selepas saya post tadi, post ini menda...

Girls’ Night Out

Image
  11/8/2025, 223/365. Alkisah, Salsabila cuti sekolah hari ni sebab hari Sabtu 9/8, jadi setelah seharian berada di rumah, dia bosan. Saya pula… pukul 6 petang tadi tengok ke tingkap, eh cuaca ok tapi malangnya dah pukul 6, kereta dah mula banyak pada waktu ini jadi saya malas nak keluar bawa mereka ke taman permainan. Justeru apabila Salsabila nak keluar (waktu tu dah dekat pukul 7), saya cakap pada dia, “Nanti cuba ajak Papa kita keluar malam ni.” Papa sampai rumah dari tempat kerja, Salsabila terus tanya kalau boleh nak keluar pada malam itu. Bad timing. Papa keletihan dan ada misi di dapur. It was my birthday that day and I have requested him to make our favorite potato & cucumber salad. Saya request tu semalam sebenarnya dan asalnya memang Amirul nak buat semalam.  Pendek cerita, tak dapat buat semalam maka Amirul bertungkus-lumus nak buat juga pada ketika dia keletihan atas sebab nak raikan saya. Terima kasih abang! (Walaupun saya dah tak kisah pun kalau tak dapat sa...