Girls’ Night Out
11/8/2025, 223/365.
Alkisah, Salsabila cuti sekolah hari ni sebab hari Sabtu 9/8, jadi setelah seharian berada di rumah, dia bosan. Saya pula… pukul 6 petang tadi tengok ke tingkap, eh cuaca ok tapi malangnya dah pukul 6, kereta dah mula banyak pada waktu ini jadi saya malas nak keluar bawa mereka ke taman permainan.
Justeru apabila Salsabila nak keluar (waktu tu dah dekat pukul 7), saya cakap pada dia, “Nanti cuba ajak Papa kita keluar malam ni.”
Papa sampai rumah dari tempat kerja, Salsabila terus tanya kalau boleh nak keluar pada malam itu. Bad timing.
Papa keletihan dan ada misi di dapur. It was my birthday that day and I have requested him to make our favorite potato & cucumber salad. Saya request tu semalam sebenarnya dan asalnya memang Amirul nak buat semalam.
Pendek cerita, tak dapat buat semalam maka Amirul bertungkus-lumus nak buat juga pada ketika dia keletihan atas sebab nak raikan saya. Terima kasih abang! (Walaupun saya dah tak kisah pun kalau tak dapat salad tu hari itu. Saya faham dia penat).
Salad siap, saya pun makan dengan penuh rasa syukur dan terharu. Alhamdulillah.
Ok disebabkan itu adalah hari lahir saya, saya cakap pada Salsabila, “Jomlah kita keluar malam ni.” Maksudnya, Amirul tak ikutlah. Biar saya je bawa budak-budak keluar.
Selepas solat Isyak, saya tanya pada Amirul, “Kalau tak bawa Fahri boleh ke?” Amirul kata, “Ha tinggal jelah dia.”
Yes! Saya cepat-cepat bersiap dan suruh Salsabila serta Eilhaan bersiap juga.
Rancangan sebenar nak pergi ke 7 Eleven untuk beli aiskrim. Saya tanya Salsabila, “Nak tak kita makan aiskrim mahal sikit?” Salsabila angguk serta berkata, “Kak Yong ada duit.”
Saya bawa anak-anak ke The Campus dan menuju terus ke Piccoli Lotti, sebuah kedai menjual aiskrim/gelato.
Saya ternampak perkongsian seorang baker di instagram story nya, dia ada makan waffle dengan aiskrim. Sedap sangat katanya.
Apabila sudah masuk ke kedai, saya pelajari ada 3 jenis “tepung’ yang kita boleh makan bersama-sama dengan aiskrim; kon aiskrim, waffle dan juga muffle. Apa itu muffle? Muffle ialah muffin yang dimasak dalam pembuat waffle.
Wow menarik. Tak pernah rasa lagi muffle ni. Maka saya buat keputusan untuk ambil set muffle + 2 scoop aiskrim. Seronok saya dan Salsabila mencuba pelbagai perisa aiskrim. Saya suruh Salsabila dan Eilhaan pilih 1 perisa setiap satu dan kita makan sama-sama.
Antara aiskrim yang saya cuba:
Pulut Tai Tai - rasa santan, saya suka (owner’s fav)
Caramel Cookies - familiar flavor, sedap, pilihan selamat
Earl Grey with Ginger Biscuit - kombinasi rasa yang unik tapi budak-budak tak suka kot
Genmaicha - towards the bitter profile flavor side
Apple Maple Crumble - sedap tapi tak rasa apple. Rasa cinnamon yang kuat: akhirnya menjadi pilihan Salsabila
Salsabila cuba:
Mango Passion - sedaplah rasa mangga
Caramel Cookies, Genmaicha, Apple Maple Crumble, dan apa lagi saya tak ingat.
Eilhaan:
Taro something something - dia suka
Yogurt and Wild Strawberry - sedap masam-masam yogurt dan strawberry: menjadi pilihan Eilhaan
Pesanan kami ambil masa sikitlah nak siap sebab muffle tersebut dibuat fresh. Saya nampak staff ambil muffle mix, timbang minyak bla bla bla.
Selepas hampir 10 minit, pesanan kita sampai yay!
Secara keseluruhan, aiskrim memang sedap tak perlu dijelaskan lagilah. Cuma part muffle tu, teksturnya yang gebu dan agak ceroi menyebabkan ‘the eating experience’ tu tak berapa best. Susah nak makan guna pisau dan garpu. Sudu lebih senang.
Kiranya pada saya muffle tu bukanlah ‘the perfect vehicle’ bak kata juri dalam Masterchef Australia, untuk dimakan bersama-sama aiskrim tu. Ada rezeki lain kali nak cuba dengan waffle pula.
Apapun the whole experience was really nice. Kedua-dua pekerja perempuan, pangkat adik-adiklah untuk saya, nampak cergas dan enjoy kerja mereka.
Saya pasti akan datang lagi.
Muffle + 2 scoops icecream RM 19.00 + tax & services RM 2.50 = RM 21.50.
📍Piccoli Lotti, The Campus AmpangParking Zone B, RM 2
Piccoli Lotti dimiliki oleh Chong Nge Seng.
Muffle + 2 scoops icecream RM 19.00 + tax & services RM 2.50 = RM 21.50.
📍Piccoli Lotti, The Campus AmpangParking Zone B, RM 2
Piccoli Lotti dimiliki oleh Chong Nge Seng.








Comments
Post a Comment