Scam Alert

Saya tulis di thread:

Assalamualaikum warga thread, tadi ada orang call saya.

Katanya dari S*opee ke L*zada ke entah. Dia kata nak bagi saya hadiah random sebab telah support these platform ke apa tak ingat. So dia nak bagi hadiah kat saya. Saya cam tak selesa so saya cakap, "Kalau saya taknak pun takpe kan?"


Dia kata, "Kita nak bagi free je."

Then dia sebut alamat rumah. Saya kata oh tu bukan alamat saya. Kemudian saya akhirnya bagi alamat rumah mak saya.


Dia kata barang akan sampai dalam 3-7 hari. Dia akan call balik apabila barang sampai dan nak confirm kan dengan saya jika dah dapat barang.

Saya duk fikir, nanti barang sampai memang aku takkan buka. Takut kena bayar ke apa ke.


Saya tak teringat langsung pasal COD. Kot tiba-tiba masa hantar barang tu runner minta bayaran macam mana eh? Nak buat apa? Nak cakap ap?

Nama memang nama saya dia sebut tadi.

Kalau cakap je bukan barang kita, boleh je kan?


——-


Setakat 2 jam selepas saya post tadi, post ini mendapat 2,000 views dan threaders menulis komen yang benar-benar membantu saya.


1. Ini adalah SCAM. Mereka akan minta kita bayar duit semasa barang sampai.


2. Kita boleh reject saja barang tersebut. Cakap yang kita tak ada order apa-apa pun.


3. Saya dah pun maklumkan pada keluarga yang tinggal di alamat tersebut tentang situasi ini. Sekurang-kurangnya taklah terpinga-pinga dan terus buat bayaran.


4. Saya juga dah block nombor yang call saya tadi. 


5. Berhati-hati ya semua. Scammers are everywhere.

Comments

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal