Posts

Showing posts from May, 2015

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Image
Helping a senior by becoming her 'subject' for her article. :D Assalamualaikum readers, how have you been doing? Believe it or not, it's already the third week of May or in other word, it is the 144th day of the year! (today is Sunday, 24 May 2015). I hope that everyone is doing well and happy with whatever you are doing, ameen.  So this is the fourth part of the Working Experience series. In shaa ALLAH  will write about the internship experience I gained being an intern journalist at New Straits Times Press (NSTP).  I studied at Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM), in Kuantan, Pahang. I completed my programme which is called Diploma in English Communication (DeCOM). In short, this programme is a combination of little bit of education, communication, journalism, as well as project and presentation. I loved this programme because it built confidence in me when talking in front of people as we do presentation almost everyday. In the final se...

Cinta Antara Kita: Semakin Serius

Image
Amirul turut ikut ke Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA, Oktober 2010. Kurusnya kami berdua ya ampun! Assalamualaikum wrt wbt semua!!! Pa habaq? Moga semuanya sihat-sihat saja. Aku nak sambung kisah cinta aku dengan suamiku yang berjela-jela ni. Nak habiskan cepat-cepat. Hehe. Aku tamatkan 'post' yang lepas dengan cerita kami keluar bersama-sama untuk pertama kalinya. Baik, aku sambung kisah selanjutnya ok? Di kolej masing-masing, kami terus berhubung walaupun kami tak ada sebut tentang halatuju hubungan kami. Sehinggalah pada suatu hari aku cakap pada Amirul (tak pasti sama ada melalui percakapan atau SMS), "Aku taknak bercinta main-main. Kalau kau nak kahwin dengan aku, kita teruskan berhubung macam ni. Kalau tak, sekadar nak mengada-ngada suka-suka je, baik tak payah, buang masa je." Ya, lebih kurang macam nilah ayat aku kepadanya walaupun pada waktu itu kami hanya berumur 18 tahun. Aku tak ingat apa yang berlaku sejurus selepas aku ungkap kat...

Cinta Antara Kita: Bagaimana Kisah Kita Bermula

Image
Julai 2010, Floria Putrajaya. Membantu adikku Musfirah menyiapkan projeknya dengan menjadi jurugambar tidak bertauliah. Angkut Amirul sama-sama. Hoho. Zaman jahiliah kami. Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga kalian semua sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Hari ni hari Sabtu, 16 Mei 2015 bersamaan dengan 27 Rejab 1436. Selain kita menyambut Hari Guru pada tanggal hari ni, tarikh ini juga merupakan peristiwa Isra' Mikraj. Beberapa hari je lagi masuknya bulan Syaaban. Cepat betul masa berlalu, betul tak? Ini merupakan salah satu tanda-tanda akhir zaman... Kiamat sudah dekat, tapi apakah amalan kita semakin meningkat? Sama-samalah kita muhasabah diri... Baiklah tiba-tiba hari ni aku rasa nak berjiwang-jiwang sikit, nak tulis pasal suamiku yang kucintai. 'Font' pun aku saja tukar, ubah 'mood' sekali-sekala. Hehehe. Suamiku ialah Muhammad Amirul Azreen bin Mohd Azmi. Panjang sungguh namanya, ada 20 huruf. Nama aku senang, lapan huruf je, selesai. ...

Finishing the Quran: How Do You Usually Do it?

Image
(Thank you Google Image) Assalamualaikum beautiful people! How are you doing? Hopefully all is well. It's Jumuah, alhamdulillah. Have you read al Kahfi? Honestly I haven't. In fact, I have missed reading the surah in the past few weeks because I am more focused on finishing 3-4 juzuk of Quran per week so... yeah, I unfairly abandoned Al-Kahf for a while.  Normally I only read one page of Quran per day, and sometimes I did not read it at all for a few days. Astaghfirullah al azim... Yes, I was like that until my mother proposed a project called "One Juzuk One Week" in the Family Johor whatsapp group, only now I am diligently reading Quran so as to achieve the goal of the project. Mak managed the project by reminding everyone to finish their respective juzuk for the week, and make a weekly timetable to rotate the juzuk to read among all the group members. Everyone is aimed to khatam the Quran in 30 weeks.  Since it started last month, I have finished reading 1...

Anak Oh Anak: Tidak Mahu Lagi ke Klinik Swasta

Image
Assalamualaikum hamba ALLAH SWT sekalian, apa khabar? Semoga selalu bahagia di samping mereka yang anda cintai, amin. Hari ini hari Isnin 4 Mei 2015. Seluruh warga Malaysia sedang menikmati cuti hujung minggu yang panjang kali ini. Aku yakin, 'highway' pastinya sesak teruk terutamanya bagi yang menghala ke Kuala Lumpur. Apapun, semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing hendaknya tanpa sebarang kecederaan mahupun kemalangan jalan raya, amin.  Dalam 'post' yang lepas, aku menceritakan pengalaman kami yang pertama untuk buat pemeriksaan. Kalau ditanya kenapa kami pergi ke klinik swasta, jawapannya;  1) Suami susah nak dapat cuti sebab baru bekerja, jadi boleh pergi buat 'check-up' pada waktu malam, dan dah tentunya klinik kerajaan dah tutup kan? Justeru, kenalah pergi klinik swasta. 2) Sejak dilahirkan, suamiku dan keluarganya memang tak pernah ke klinik kerajaan. Apa jua jenis sakit, Mama (ibu mertuaku) akan terus ke klinik/hospital pakar. Ol...

Anak oh Anak: Pemeriksaan Pertama di Klinik Swasta

Image
Assalamualaikum wrt wbt, pembaca sekalian, apa khabar? Moga selalu dalam rahmat dan lindungan ALLAH SWT hendaknya, amin. Khabar aku? Alhamdulillah baik-baik saja. Cuma, hari ini aku pening kepala entah sebab apa. Rasanya sebab kekurangan air. Biasanya aku akan habiskan sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari. Namun semenjak dua menjak ni, dah kurang minum air putih sebab perut cepat kembung dan tak selesa. Jadinya sekarang botol air aku selalu merata-rata, tidak disisi aku sebab aku dah kurang minum air. Walau macam mana pun, aku paksa jugalah diri aku untuk minum air ni, kesian pula sistem badan yang dah biasa dibekalkan dengan air, tapi sekarang dah kurang bekalan pula kan? Ok baik, nanti aku minum air. Hohohoho. Oh ye, kalau kalian ada baca siri Lesen Memandu aku, aku ada perkenalkan seorang kawan bernama Adriana. Alhamdulillah dia pun baru saja lulus ujian memandunya petang tadi (29 April 2015). Sejak semalam sampailah pagi tadi dia whatsapp aku dan luahkan rasa khuatir dan tida...