Cinta Antara Kita: Semakin Serius

Amirul turut ikut ke Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA, Oktober 2010. Kurusnya kami berdua ya ampun!

Assalamualaikum wrt wbt semua!!! Pa habaq? Moga semuanya sihat-sihat saja. Aku nak sambung kisah cinta aku dengan suamiku yang berjela-jela ni. Nak habiskan cepat-cepat. Hehe. Aku tamatkan 'post' yang lepas dengan cerita kami keluar bersama-sama untuk pertama kalinya. Baik, aku sambung kisah selanjutnya ok?

Di kolej masing-masing, kami terus berhubung walaupun kami tak ada sebut tentang halatuju hubungan kami. Sehinggalah pada suatu hari aku cakap pada Amirul (tak pasti sama ada melalui percakapan atau SMS), "Aku taknak bercinta main-main. Kalau kau nak kahwin dengan aku, kita teruskan berhubung macam ni. Kalau tak, sekadar nak mengada-ngada suka-suka je, baik tak payah, buang masa je." Ya, lebih kurang macam nilah ayat aku kepadanya walaupun pada waktu itu kami hanya berumur 18 tahun. Aku tak ingat apa yang berlaku sejurus selepas aku ungkap kata-kata tersebut. Namun yang pastinya, Amirul terus menghubungi aku selepas kejadian itu dan menyatakan yang dia merancang untuk memperisterikan aku apabila masanya tiba nanti. 

Apabila dah capai persetujuan yang hubungan ini akan menuju ke jinjang pelamin (dengan izin-Nya), aku memang tak segan silu dengan bertanyakan padanya tahun bila kami akan bernikah. Amirul jawab, "Umur 25". Aku rasa nak pengsan sebab itu bermaksud kami ada lagi tujuh tahun lagi. Aku berunding dengannya dan kami awalkan sedikit kepada umur 23 tahun. Amirul setuju. 

Ahli keluarga masih belum tahu tentang hubungan kami kecuali adikku Musfirah. Kakak dapat bau akan hal ini dan menyuruh aku untuk memberitahu Mak. Aku pun beritahu Mak dengan mengatakan yang kami sedang berkawan.   
Mak tidak menunjukkan respon yang baik sebab Mak sesungguhnya memang tak suka hal cintan-cintun ni. Tapi kami terus berkawan, dan setiap kali kami keluar, aku tidak pernah gagal maklumkan Mak yang aku akan keluar dengannya. Aku takut... Manalah tahu kalau aku sorokkan atau menipu Mak, nanti ditimpa kemalangan ke... Aku tak nak macam tu. Jadi, aku wajib bagitau mak. Kadang-kadang secara terperinci, aku akan keluar dengannya, jumpa kawan-kawan sekolah Amirul, etc. Kadang-kadang aku cakap ada hal dengan Amirul, macam tulah. Yang penting, mesti beritahu. 

Dan begitulah hubungan kami terus terjalin... Apabila cuti semester je, mesti jumpa. Memang banyak duit habis, memang banyak dosa terkumpul, memang banyak jenis pembaziranlah berlaku senang cerita. Sehinggalah sampai satu masa mak benar-benar rasa menyampah dengan kekerapan kami bersama-sama ni. Mak cakap dengan aku 'straight to the point'. Marah aku habis-habisan, cakap yang semua ini adalah dosa. Dengan jahilnya aku jawab, "Kitorang bukannya buat apa pun". Huhuhu. Lepas dah kena marah macam tu, kami usaha untuk kurangkan masa berjumpa, dan tapis-tapis juga semasa berhubung dengan SMS atau panggilan telefon. Apa yang Mak cakap tak ada salahnya, semuanya betul. Jadi sebagai pihak yang bersalah, kami kenalah ambil pengajaran daripada amaran yang Mak dah bagi tu. 

Namun lain kisahnya dengan mama Amirul. Cik Nora ni sangatlah sempoi. Setiap kali aku ke rumahnya, mesti Cik Nora akan bagi duit, makanan ataupun barang-barang kegunaan harian ke... Pendek kata tanganku takkan kosong apabila melangkah keluar dari rumahnya. Jadi bila Cik Nora selalu bagi makanan dan aku bawa pulang ke rumah, Mak jadi segan. Justeru kadang-kadang Mak berbalas-balas makanan dengan Cik Nora lantas melonggarkan sedikit 'strictness' yang Mak tetapkan pada aku dan Amirul. 

Tiga tahun lebih jugalah kami melalui fasa ni, daripada tahun 2007 sehinggalah sebelum aku terbang ke New Zealand pada Februari 2011. Patah balik sedikit ke bulan bulan Oktober 2010, aku mendapat berita gembira daripada MARA yang aku bakal melanjutkan pelajaran di Wellington, New Zealand. Dari sudut positif tentang hubungan ini, aku lega dengan jarak jauh nanti, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kekerapan kami berjumpa. Tak ada pula aku fikir pasal kemungkinan masalah yang bakal kami lalui kalau berhubung secara jarak jauh nanti. Aku percayakan Amirul, dan dia juga kena percayakan aku. Kalau awal-awal dah risau salah seorang akan curang ke apa, nampak benar selama ni cinta main-main je ye tak? Alhamdulillah kami tak ada, dan tak risau tentang masalah orang ketiga ke apa ke yang berkaitan. 


Sebelum terbang ke New Zealand, aku secara rawaknya tanya pada Mak, "Mak, kalau kitorang nikah dulu ok ke Mak?" Nak tau Mak jawab apa?

"Bolehlah apa tak bolehnya? Lagi bagus."

Ya, memang begitu pemikiran Mak aku. Nak nikah? Ha nikahlah. Tarahal punya. Buat apa tangguh-tangguh benda baik kan? Aku beritahu pada Amirul yang Mak bagi lampu hijau kalau nak nikah. Tapi pihak keluarga Amirul tidak beberapa bersetuju dengan idea ini. Banyak sebabnya, dan salah satunya termasuklah ketidakyakinan Cik Nora sekiranya Amirul ini betul-betul sudah bersedia nak jadi suami. Waktu itu kami berumur 21 tahun. Sebagai anak lelaki pertama dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, bukanlah semudah itu untuk Amirul mendapat kebenaran bernikah daripada ibu bapanya. Senang kata, belum masanya lagi untuk kami disatukan.

Tanggal 14 Februari 2011, aku terbang ke New Zealand. Satu keluarga hantar aku ke lapangan terbang, termasuklah Amirul, kawan-kawan, dan saudara mara aku. Aku ni nampak je ganas, tapi senang menangis punya orang. Maka menangislah aku bagai nak rak sebelum nak berlepas tu. Amirul pun menangis semasa dalam perjalanan balik ke rumah (aku dapat tau juga lepas-lepas tu walaupun Amirul tak mengaku, hahaha).

Di Wellington, banyak sangat pendedahan baru yang aku lalui yang mencabar hubungan cintun kami. Apa kebendanya yang aku alami tu? Kita sambung lagi dalam siri Cinta Antara Kita yang seterusnya ok?

Love,
Nusaybah.

Comments

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal