Anak Oh Anak: Tidak Mahu Lagi ke Klinik Swasta

Assalamualaikum hamba ALLAH SWT sekalian, apa khabar? Semoga selalu bahagia di samping mereka yang anda cintai, amin. Hari ini hari Isnin 4 Mei 2015. Seluruh warga Malaysia sedang menikmati cuti hujung minggu yang panjang kali ini. Aku yakin, 'highway' pastinya sesak teruk terutamanya bagi yang menghala ke Kuala Lumpur. Apapun, semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing hendaknya tanpa sebarang kecederaan mahupun kemalangan jalan raya, amin. 

Dalam 'post' yang lepas, aku menceritakan pengalaman kami yang pertama untuk buat pemeriksaan. Kalau ditanya kenapa kami pergi ke klinik swasta, jawapannya; 

1) Suami susah nak dapat cuti sebab baru bekerja, jadi boleh pergi buat 'check-up' pada waktu malam, dan dah tentunya klinik kerajaan dah tutup kan? Justeru, kenalah pergi klinik swasta.

2) Sejak dilahirkan, suamiku dan keluarganya memang tak pernah ke klinik kerajaan. Apa jua jenis sakit, Mama (ibu mertuaku) akan terus ke klinik/hospital pakar. Oleh yang demikian, Amirul memang dah terbiasa dengan klinik swasta, bukan kerajaan.

3) Rancangan awal kami nak melahirkan anak di hospital swasta. Sebab itulah kami buat 'check-up' di klinik swasta. Waktu tu, kami tak tahu yakni jika ada masalah semasa nak melahirkan, hospital swasta tetap akan hantar pesakit ke hospital kerajaan. Jika ini berlaku, hospital kerajaan memerlukan buku rekod daripada klinik kerajaan. Buku rekod daripada klinik swasta tidak akan diterima di hospital kerajaan, tetapi buku rekod klinik kerajaan diterimapakai di hospital swasta. Apabila mengetahui maklumat ini dan beberapa sebab lain yang akan aku ceritakan nanti, kami buat keputusan untuk buat pemeriksaan di klinik kerajaan.

Begitulah jawapan yang aku. Boleh terima tak? Hohoho.

Untuk 'check-up' yang kedua, kami masih ke Klinik Fauziah. Aku masih ingat tarikhnya adalah 11 Februari 2015. Sebelum itu adalah pada 9 Januari 2015, kandungan berusia 9 minggu. Kali kedua, umurnya sudah 14 minggu. Seperti biasa, kami ke kaunter, beritahu pada pekerja yang kami nak buat pemeriksaan kandungan. Pekerja ambil kad pengenalan, etc. Ramai betul orang pada malam itu, jadi kami pergi makan di gerai di luar klinik sambil-sambil menunggu giliran. Usai makan, kami bergegas masuk ke klinik dan tak lama kemudian, nama aku dipanggil.  

Doktor Sajeeda tanya khabar aku, masih muntah ke... sekian-sekian. Aku ni alhamdulillah sangat-sangat, memang tak ada muntah-muntah ni. Angin je teruk. Muntah yang betul-betul muntah cuma dalam lima kali sepanjang kehamilan aku. Itupun biasanya berlaku semasa aku menggosok gigi, tuptup terrrrmuntah sekali. Aku ni bolehlah dikategorikan dalam golongan ibu hamil yang mabuknya tak teruk. Syukur sangat-sangat. 

Sebelum terlupa, aku nak perbetulkan sedikit ralat dalam 'post' sebelum ini. Aku dah diberi 'supplement' pada pemeriksaan yang pertama. Doktor beri vitamin B+, kalsium, dan folic acid kalau tak salah aku. Pada awalnya aku disiplinkan juga diri makan semua benda alah ni. Tapi, biasalah kalau terlupa tu kan? Mana tidaknya, selama hidup aku, memang jarang-jarang aku makan benda-benda ni. Sampailah kakak-kakak aku suruh aku berhenti makan segala kapsul dan tablet ni dan cuma makan makanan sunnah. Aku akan perincikan lagi tentang ini nanti.

Ok, selepas menjawab soalan Dr. Sajeeda tadi, aku pula tanya dia, 

"Doktor, kenapa perut saya tak membesar pun? Risau saya." 

Dr. jawab, "Hai...baru 14 minggu, nak besar macam mana?"

"Oh yeke doktor? Yelah kecil je. Taklah saya risau ada apa-apa ke yang saya tak tahu jadi dalam perut ni."

"Oooh, tak apa nanti kita cek."

Dr. ambil darah aku, dan seterusnya kami pergi buat 'scan'. Inilah 'part' yang paling best; tengok kandungan dalam perut dan mendengar degupan jantungnya. Begitulah, apabila mendengar degupan jantung bayi yang kukandung, perasaan sebak terus menyelubungi diri. 
  Haiii.....ajaib ajaib. Kuasa ALLAH memang ajaib. Kejadian manusia/ haiwan/ tumbuhan adalah 'the biggest miracle of life', setuju tak? Dalam lirik lagu Maher Zain yang aku paling sukai; "Open Your Eyes", ada disebut:

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing
So why deny
What's in front of your eyes
The biggest miracle of life...

Ini baru lirik lagu. Kalau kita hayati ayat al-Quran tentang kejadian manusia dalam surah-surah seperti Al-Mukminun, Al-Qiyamah dan beberapa lagi surah lain, pastinya perasaan kagum dengan kuasa ALLAH SWT berkali-kali ganda menebal, kan?

Ok, seperti 'scan' yang lepas, doktor maklumkan berat dan saiz kandungan, etc. Selepas itu, kami tunggu pula giliran untuk ambil 'supplement' dan gambar 'scan' tadi. Namaku dipanggil di kaunter. Kami ke situ dan bersedia untuk membuat bayaran. Kami terperanjat teruk apabila kos yang perlu dibayar adalah RM 229! Nasiblah aku ada ambil duit sebelum keluar rumah tadi. Kalau tidak, duit Amirul saja mungkin tak cukup sebab kami tak pernahlah terfikir akan jadi mahal macam tu. Habis korek kedua-dua dompet aku dan Amirul, cukup-cukup dapat RM 229. Sadis jugalah. Huhuhu. RM 229 tu kos untuk gambar 'scan', 'consultation', dan berbagai-bagai jenis supplement.


Balik rumah, kami cerita pada Mama (ibu mertuaku) tentang kos bayaran tadi. Mama tengok ubat-ubat yang aku dapat; Obimin, folic acid, dan apa entah nama satu lagi jenis kapsul tu aku dah tak ingat. Mama kata, "Ini kalau beli sendiri di luar takdelah mahal sangat". Mama memang pakar dalam hal ubat-ubat farmasi sebab pernah bekerja sebagai pembantu doktor di klinik selama lebih 20 tahun. 

Mama tanya aku, 

"Ada ambil air kencing ke?"

"Tak ada pun mama... Sebelum ni pun tak ada. Tadi pun cuma ambil darah buat pertama kali. Lepas tu macam tu je, tak ada bagitau keputusan ke apa ke...."

"Ishh patutnya orang ambil air kencing, darah, timbang berat semua.."

"Ye ke ma? Erm...itulah tak ada pun tadi. Ambil darah tu jelah."

Aku dan Amirul macam bersedih jugalah sebab dah kena 'paw' kaw kaw tapi 'check-up' tu rupanya sangatlah tidak menyeluruh. Sob sob sob...  Aku panjangkan kisah ini kepada kakak-kakakku. Kata kakakku Izzati, "Kalau aku, aku tak ambil ubat tu. Cakap je tak ada duit". Laaa...rupanya boleh cakap macam tu ke? Manalah kami tau kan? Kalau tau, pastinya kami menolak daripada mengambil 'supplement' yang mahal tu. 

Kakakku Najiyyah pula memang menyarankan agar aku ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan seterusnya. "Lagi detail kalau di klinik kerajaan," katanya. Maka itulah kali terakhir aku ke klinik swasta. Lepas ni kalau pergi pun, cuma untuk 'scan' je, pemeriksaan badan bolehlah buat sepenuhnya di klinik kerajaan nanti. 

Hurm.... apa boleh buat? Dah terjadi pun kan? Mungkin orang lain rasa RM 229 taklah banyak sangat. Tapi untuk kes kami, dengan aku masih menganggur dan Amirul yang baru saja mula bekerja, jumlah itu agak besar. Tak apalah, semuanya pengalaman dan pengajaran buat kami berdua yang masih baru dalam arena ini. Sebelum aku tamatkan kisah ini, aku kongsi dengan kalian gambar 'scan' tu ok?

Kesayangan bonda dan baba, 14 minggu.



In shaa ALLAH dalam siri Anak Oh Anak yang seterusnya aku akan tulis tentang 'check-up' yang pertama di klinik kerajaan. Sampai sini dulu, assalamualaikum.

Love, 
Nusaybah.

Comments

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal