Anak oh Anak: Pemeriksaan Pertama di Klinik Swasta


Assalamualaikum wrt wbt, pembaca sekalian, apa khabar? Moga selalu dalam rahmat dan lindungan ALLAH SWT hendaknya, amin. Khabar aku? Alhamdulillah baik-baik saja. Cuma, hari ini aku pening kepala entah sebab apa. Rasanya sebab kekurangan air. Biasanya aku akan habiskan sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari. Namun semenjak dua menjak ni, dah kurang minum air putih sebab perut cepat kembung dan tak selesa. Jadinya sekarang botol air aku selalu merata-rata, tidak disisi aku sebab aku dah kurang minum air. Walau macam mana pun, aku paksa jugalah diri aku untuk minum air ni, kesian pula sistem badan yang dah biasa dibekalkan dengan air, tapi sekarang dah kurang bekalan pula kan? Ok baik, nanti aku minum air. Hohohoho.

Oh ye, kalau kalian ada baca siri Lesen Memandu aku, aku ada perkenalkan seorang kawan bernama Adriana. Alhamdulillah dia pun baru saja lulus ujian memandunya petang tadi (29 April 2015). Sejak semalam sampailah pagi tadi dia whatsapp aku dan luahkan rasa khuatir dan tidak yakinnya untuk sesi ulangan di litar hari ini. Aku menyuruhnya berdoa banyak-banyak dan tenangkan hati dan fikiran. Payah juga aku memujuknya untuk bertenang sebab dia benar-benar tidak bersedia dan rasa nak putus asa. Aku sampai kehilangan kata-kata. Aku cuma ulang-ulang menyuruhnya yakin dengan ALLAH, dan kalaupun dia tidak lulus, dia kena lek je sebab aku ni ambil ujian sebanyak lima kali. Hahaha. Apapun, dah selamat pun dia. Tahniah Adriana! 

Baiklah, in shaa ALLAH 'post' kali ini aku nak kongsi dengan kalian pengalaman pertama kami pergi buat pemeriksaan kandungan di sebuah klinik swasta. Sebelum pergi, aku dah buat kajian siap-siap klinik mana yang bagus untuk buat 'check-up' di kawasan Ampang ni. Ramai orang mencadangkan Klinik Fauziah dan Rakan-Rakan di Taman Sri Watan, khasnya untuk mereka yang nak buat 'scan'. Katanya kualiti gambar baik dan kosnya pun tak mahal sangat. Aku ada buat panggilan dulu dan tanya sama ada perlu buat temujanji atau tidak. Kata pekerja di situ, "Tak perlu, datang je".


Tanggal 9 Januari kami pun pergilah ke Klinik Fauziah. Naik 'scooter' je dengan Amirul. Senang nak cari parkir katanya. Kami berdebar-debar. Almaklumlah, pengalaman pertama kan? Risau juga kalau-kalau yang sebenarnya kami ni perasan je, tak ada anak pun. Haaaaa.... anti-climax tak kalau jadi macam tu? Hahahahaha.

Ok kami ke kaunter, staff tanya aku, 
"Datang untuk apa ye cik?" 

"Oh, nak confirmkan pregnancy" 

"Dah buat UPT ke belum?

"Dah."

"Positif ke negatif?"

"Positif."

"Ok. Puan duduk dulu ye? Nanti kita panggil".

"Ok."

Kami pun pergilah cari tempat duduk sementara menunggu dipanggil. Ada ramai orang malam tu, dan kebanyakannya adalah pasangan suami isteri yang turut sama nak buat pemeriksaan bayi. Kiranya memang tinggi reputasi klinik ni dalam menguruskan ibu-ibu yang mengandung ni. 

Lama juga menunggu giliran. Akhirnya sampailah giliran aku. Kami sama-sama berjumpa dengan doktor. Doktor Sajeeda namanya. Cantik, putih melepak orangnya walaupun berkemungkinan sudah berumur lewat 40-an. Doktor tanya khabar aku, dan kenapa datang ke klinik... Jadi aku ulang semula apa yang aku dah cakap pada pekerja di kaunter tadi kepada doktor. Doktor turut tanya satu soalan penting ni, "Bila hari pertama last period?" Aku dengan yakinnya jawab, "29 Oktober 2014". Memang aku ingat tarikh ni sebab aplikasi PregnancyLog yang aku 'install' dalam telefon pintar aku pun turut tanya soalan yang sama. Doktor tulis-tulis sikit dalam kad berwarna pink dan gunakan alatnya untuk menyemak tarikh bayi bakal dilahirkan atau orang sebut sebagai Expected Delivery Date or Expected Delivery Due (EDD). Belum sempat doktor sebut tarikhnya, aku dah sebut dulu, "5 Ogos". "Eh dah tau dah bila nak beranak?" Hahaha aku gelak je. 

Kemudian doktor tanya, nak "scan" ke ni? "Nak, nak," Jawab kami serentak. Gementar tuu waktu nak 'scan' ni. Aku pergi baring di atas katil klinik tu, dan tak lama kemudian doktor datang. Doktor sapu sejenis cecair di atas perutku dan terus 'scan'. Dan nampaklah apa jua yang aku sepatutnya nampak.
Hangpa nampak apa-apa ka? Kalau tak nampak, pendek umur. Hehehehe. Melawak je.



Ni gambar 4D.

Waktu dengar denyutan jantung baby tu, aku tergelak sambil nak menangis sebab terlalu terharu. Tak percaya dah dapat dengar degupan jantungnya. Amirul pun terkejut tak percaya, terbeliak matanya. Aku dapat lihat matanya berair, bermakna dia turut berasa terharu dan teruja apabila mendengar degupan baby... Tapi lepas tu bila aku cakap, "Eleh abang nak nangis eh?" "Mana ada," katanya menafikan. Wekk! Control macho konon. Hahaha.

Doktor memaklumkan saiz dan berat kandungan, sekian sekian... Tak lama lepas tu, selesailah sesi pemeriksaan kami. Kami ke kaunter untuk mendapatkan salinan gambar scan tadi. Jumlah yang perlu dibayar adalah RM 80. Pada waktu itu doktor belum beri apa-apa ubat atau supplement lagi.

Alhamdulillah, selesai sudah urusan kami. Baliklah kami ke rumah. Aku kongsi gambar dengan ahli keluarga di Whatsapp. Di rumah mak mertua, Amirul tunjuk gambar di atas kepada adiknya Amalia. Menjerit dia tengok gambar tu. Sebabnya? Geli. Hahaha. 

Selamatlah sudah kami sahkan kehamilan aku. Syukur yaALLAH aku bakal jadi seorang ibu tak lama lagi. Tarikh lahir aku 11 Ogos. Kalau baby pun lahir bulan Ogos, kami geng lah. Hehe.

In shaa ALLAH aku sambung lagi siri Anak oh Anak dengan kisah pemeriksaan kali kedua dan ketiga. Pemeriksaan keempat nanti bakal menamatkan tanda tanya kami tentang jantina anak kami. Aku masih tak buat keputusan sama ada nak tahu jantina baby atau tak. Amirul memang nak tahu. Aku nilah, konon-kononnya tak nak tahu. Tengoklah macam mana nanti. Hihihi.

Setakat ini dahulu,

Love, 
Nusaybah. 

Comments

  1. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Jumlah semua rm 80 ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal