Lesen Memandu Bahagian 3: Latihan dan Pra-Ujian

Sekolah Memandu Saza, Ampang. Gambar lama. SAZA je masih di situ, kebanyakan kedai lain dah bertukar. 


Kak Ros, kerani di SAZA cepat-cepat aturkan jadual latihan aku atas sebab aku membuat bayaran penuh. Latihan bermula pada awal bulan Januari. Latihan dibahagikan kepada dua; sesi 5 jam dan sesi 10 jam. Sesi 5 jam, pengenalan kepada RPK dan RSM. Kena hafal sampai lebam. Cikgu (yang aku dah lupa namanya) turut dedahkan aku kepada latihan parkir dan bukit. Untuk latihan 5 jam ini, ianya dilakukan di IMKEDA Keramat. Dalam perjalanan pulang, cikgu meminta aku memandu sampailah ke rumah. Ketar juga, yelah siapa yang tak ketar kan? Cikgu kata, "Awak boleh memandu ni". Eceh.... ye tak yelah cikgu. Hahaha. 

Selesai latihan 5 jam, aku mendapat cikgu lain untuk latihan 10 jam yang berikutnya. Aku minta cikgu yang garang supaya dapat ajar aku secara terperinci. Kata Kak Ros, ramai calon berpuas hati dengan cara dan gaya pengajaran Pak Cik Ismail (PCI). Kalau dah calon sendiri beri testimoni macam tu, aku percaya dan terus cop PCI. 

Berbalik semula dengan kisah tamatnya latihan selama 5 jam tadi, seterusnya latihan bersambung dengan PCI selama dua jam di Keramat dan lapan jam seterusnya di IMKEDA Cheras. Seperti yang kalian maklum, latihan bukanlah selama 10 jam berturut-turut. Hahaha. Tak salah, tarikh latihan aku adalah pada 13/1, 15/1, 17/1, dan 9/2. 

PCI panggil aku Kak Nor, mungkin sebab nama aku memang susah nak disebut. Tak kisah pun. Aku selesa dengan PCI. Garang dan tegas. Inilah ciri-ciri yang aku perlukan untuk menjadi guru aku. Teknik mengawal 'clutch', minyak dan brek yang diajarnya nampaknya lebih baik daripada CS. Aku ternyata lebih memahami kaedah yang PCI perkenalkan kepada aku. PCI sudah 50an umurnya. Kurus kering dan botak, memakai cermin mata. Sebab PCI kurus, dia nampak lebih tua daripada umurnya yang sebenar. 

Atas dasar pengalaman yang berpuluh tahun, PCI punya banyak teknik dan strategi yang boleh diturunkan kepada pelajarnya. Apabila satu teknik tidak menjadi, PCI akan usulkan teknik baru sehinggalah dia sendiri berpuas hati dengan keupayaan pelajarnya. PCI banyak memerhati kelemahan pelajarnya sehinggakan dia tahu teknik yang mana paling sesuai dengan seseorang pelajar. Contohnya; di bukit, aku tidak sedar yang teknik terbaik untuk aku gunakan ialah teknik 'brek mengejut'. Maksud aku macam ni, pada awal latihan aku tak sedar aku banyak menekan brek secara mengejut apabila cermin sisi kanan dah selari dengan tiang. Kiranya memang cantiklah tayar kereta berada di atas garisan kuning. Pada hari lain latihan, aku dah tak buat macam tu. Lupa. Aku brek lambat dan menyebabkan tayar tidak sampai pada garisan. Apabila PCI ingatkan aku pasal brek mengejut, barulah aku sendiri ingat semula gaya aku yang tersendiri tu. Kalau PCI tak ingatkan, mungkin aku takkan lepas ujian bukit sebab asyik terlambat je menekan brek. 

Begitu juga dengan teknik parkir. Hasil yang aku berikan semasa memarkir tidak konsisten. Sekejap cantik, sekejap tidak. Antara teknik yang PCI ajar termasuklah untuk melihat getah warna hitam di tingkap belakang sebelah kiri kereta berada betul-betul di bucu garisan kuning parkir. Rupanya aku kerap mengalih-alihkan kepala semasa melakukan teknik ini yang mengakibatkan hasil aku berubah-ubah. Sehinggalah PCI tengok sendiri daripada kedudukan aku untuk memeriksa ketepatan titik aku berhenti sebelum memasukkan kereta ke dalam petak kuning. Aku tak ingat jika PCI pernah beritahu supaya menyandarkan kepala dekat ke penyandar kepala semasa melakukan teknik ini. Namun, apabila pakcik kerap beritahu tentang ketidaktepatan hasilku itu, aku belajar sendiri bahawa aku hanya akan dapat hasil yang mantap sekiranya kepala aku betul-betul rapat ke penyandar kepala semasa mencari titik ketepatan tersebut. 

Potong-potong. Sampailah ke hari Pra-Ujian pada 17 Februari 2015. Dah apa pula pra-ujian ni? Semua calon mesti lalui pra-ujian untuk menguji persediaan sebelum menduduki ujian memandu yang sebenar. Seseorang calon akan melakukan semuanya; RPK, RSM, bukit, parkir, three-point-turn, laluan S dan Z, serta jalan raya semasa pra ujian dengan tenaga berbaju hijau (pak cik hijau atau PCH) di IMKEDA. Pada hari ini juga tarikh ujian memandu masing-masing akan ditetapkan.

Bagi kes aku, aku dan dua orang lagi kawan cuma melakukan RPK dan RSM sahaja dengan PCH. Cikgu yang membawa kami ke IMKEDA pada hari tersebut, Pak Cik A telah 'kawtim' dengan PCH dan terus menandatangani borang yang berkaitan. Mudahlah proses kami, tak buat semua sesi pra-ujian, tapi sudah lulus untuk menduduki ujian. Pak Cik A menggunakan masa terluang (tidak boleh pulang terlalu awal dikhuatiri PCH lain berasa curiga kenapa ada yang pulang sebelum jam 12 tengahari) dengan membuat latihan dengan setiap seorang daripada kami di litar dan jalan raya. Itulah pertama kali aku memandu dengan adanya tiga orang penumpang di dalam kereta; Pak Cik A, Mamat A, dan Adriana. 

Kami bertiga bergilir-gilir membuat latihan lengkap pada hari tersebut. Kami bertiga juga akan menduduki ujian pada 27 Mac, sebulan lebih lagi daripada hari tersebut. Lambat lagi. Nampaknya kami semua terpaksa mengambil kelas tambahan sebelum ujian. 

Pada tarikh 26 Mac, sehari sebelum ujian, aku melakukan latihan terakhir selama empat jam dengan PCI. Setelah sebulan lebih tidak memandu, hari itulah nak ingat balik segala teknik bagai. Aku memandu dari rumah sampailah ke IMKEDA Cheras, sampailah balik. Memang aku tak keluar dari kereta langsung selama empat jam tu. Kalau memandu di highway, aku dah sampai ke Johor Bharu mungkin. Lutut kejang, tangan dan bahu sakit-sakit sebab latihan mengejut selama itu setelah lama tidak memandu. 

Aku tiba di rumah hampir jam 6 petang (latihan daripada pukul 2-6 petang). Rasa macam nak pengsan. Letihnya fizikal, tertekannya mental. Esok ujian. 

Kita sambung lagi di bahagian seterusnya in shaa ALLAH.

Love,
Nusaybah.

Comments

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal