Lesen Memandu Bahagian 2: Sistem Baru
Sekarang kita ke bahagian 2 pula. Dah bersedia? Hahaha.
2014.
25 tahun.
Sudah tamat pengajian di New Zealand pada bulan Jun.
Melalui sesi praktikum di MRSM Balik Pulau selama tiga bulan; Julai - Oktober.
Usai tamat sesi praktikum, aku sibuk dengan projek aku untuk berniaga pakaian muslimah. Lupa terus soal mengambil lesen padahal aku sudah menulis rancangan ini dalam senarai perkara yang aku mesti selesaikan. Aku lalai. Sehinggalah satu hari Mak tanya, "Sebah bila nak ambil lesen?" "Priority ni. Susah kalau tak ada lesen".
Waktu tu dah hujung bulan November rasanya. Barulah aku kelam-kabut nak mendaftar kelas memandu semula. Apa jua dokumen yang aku ada sebelum ni bersama-sama Surfine, dah tamat tempoh. Jadi aku buat semua segalanya daripada 0, kali ini dengan IMKEDA. Agak lewat aku mendaftar sebab aku akan bertembung dengan pelajar lepasan SPM yang berbondong-bondong turut serta mendaftar. Kalau aku dah daftar siap-siap selepas tamat praktikum pada hujung bulan Oktober, pastinya calon tidak seramai itu.
Tak boleh buat apa, rancangan mesti diteruskan. Jadi segala proses berulang kembali. Aku pergi mendengar ceramah selama enam jam di Keramat. Majoriti adalah lepasan SPM. Namun aku berbangga sebab adik-adik ni tak percaya apabila aku kata umurku sudah 25. Mereka fikir aku sebaya dengan mereka. Hihihihi.
Aku tersentak mendengar segala perubahan dan pembaharuan yang mesti kami lalui. Kalau dahulu cuma ada ujian bukit, parkir, serta three-point-turn (di litar); sekarang ada tambahan yakni ujian laluan berbentuk S dan Z. Oh bukan itu saja, ada amalan teori yang dipanggil Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Sebelum Memandu (RSM). Lagi satu, buku yang dibekalkan langsung tidak sama dengan buku sebelum ini. Sekarang bukunya tebal dan besar, sesuai dihempukkan ke kepala orang yang anda geram dengannya. Leceh sungguh buku besar-besar ni. Tak apalah. Nak buat macam mana kan?
Baik, apa itu RPK? RPK ialah satu proses pemeriksaan kereta yang semua calon mesti lalui. Calon dikehendaki memeriksa semua bahagian kereta; bonnet, bumper, bawah kereta, cermin, wiper, pintu kereta, tayar, tingkap.... kesemuanyalah. Calon juga mesti dapat mengenalpasti yang mana satu radiator, minyak enjin, cecair brek, air wiper, bateri, tali sawat dan beberapa lagi komponen lain dalam bahagian bumper kereta. Maka, terpaksalah kami hafal segala benda alah itu. Aiyaa.... Walaubagaimanapun, aku tidak menafikan kebaikan terhadap pendedahan bahagian-bahagian kereta ini. Sekurang-kurangnya calon (lebih-lebih lagi calon perempuan) untuk mengetahui serba sedikit tentang bahagian kereta.
RSM pula. Apa itu RSM? RSM tidak banyak bezanya dengan format ujian sebelum ini iaitu memastikan bahagian-bahagian kereta seperti cermin, brek tangan, gear, wiper, dan sebagainya berfungsi sebelum calon hendak memandu. Cuma ada tambahan daripada segi calon mesti menyebut segala lampu yang ada di 'instrument panel'. Contohnya; "Lampu bateri berfungsi tuan." Lampu brek tangan berfungsi tuan." Tolok enjin, tolok suhu.... dan kalau boleh semuanya yang ada di situ.
Nasiblah kalau dapat pegawai yang cerewet, mungkin calon terpaksa menyebut satu-persatu indikasi yang ada di panel tersebut. Wallahi, kadang-kadang proses ini membuatkan calon bertambah gugup dan jadi caca-marba semasa hendak memandu. Jadi, inilah dia sedikit-sebanyak yang dapat aku celotehkan tentang pembaharuan yang dilaksanakan oleh JPJ untuk calon ujian memandu pada masa kini dan masa akan datang.
Aku menduduki ujian komputer dua atau tiga minggu selepas sesi ceramah. Alhamdulillah keputusan aku 44/50. Sama je dengan keputusan semasa aku ambil ujian ini di kisah bahagian 1. Setelah usai ujian, aku tidak mengambil masa yang begitu lama untuk memulakan latihan memandu aku. Oh ya, aku lupa nak maklumkan bahawa kali ini aku mendaftar di Sekolah Memandu SAZA yang mana IMKEDA adalah institutnya. Jadi sebelum ini di Surfine, sekarang di IMKEDA. Aku 'fed-up' dengan institut sebelum ini. Oleh yang demikian, aku memilih untuk mendaftar di tempat lain pula kali ini.
Sebelum aku tamatkan bahagian ini, aku nak tambah sikit cerita tentang Lesen Automatik (DA). Aku ambil lesen kereta D, manual. Semasa ceramah, barulah aku tau rupa-rupanya calon boleh memilih untuk ambil lesen DA. Habis saja ceramah, aku terus telefon Kak Ros. Katanya, kena buat keputusan cepat-cepat kalau nak ambil DA sebab dia nak terus masukkan nama aku ke dalam sistem untuk menduduki ujian komputer, dan lain-lain dokumentasi. Kak Ros ada cakap guru untuk lesen DA tidak ramai dan kereta auto juga terhad. Jadi, dikhuatiri latihan lambat dihabiskan sebab nisbah sekolah dan kereta auto yang tidak seimbang. Aku telefon suamiku Amirul dan tanya pendapatnya sambil ulang semula maklumat yang disampaikan Kak Ros. Akhirnya Amirul kata, "Ambil jelah manual. Kali ni buat betul-betul". Aku telefon semula Kak Ros, dan beritahunya aku akan teruskan ujian dengan kereta manual. Kak Ros juga ada sebut yang yuran DA lebih RM 300 daripada manual, dan aku terpaksa mendengar sekali lagi ceramah lain kalau nak ambil DA. Wallahualam. Ini menjadi antara faktor aku lupakan hasrat konon-konon hendak mengambil lesen DA.
Panjang dah ni. In shaa ALLAH kita sambung lagi ok?
Love,
Nusaybah.
2014.
25 tahun.
Sudah tamat pengajian di New Zealand pada bulan Jun.
Melalui sesi praktikum di MRSM Balik Pulau selama tiga bulan; Julai - Oktober.
Usai tamat sesi praktikum, aku sibuk dengan projek aku untuk berniaga pakaian muslimah. Lupa terus soal mengambil lesen padahal aku sudah menulis rancangan ini dalam senarai perkara yang aku mesti selesaikan. Aku lalai. Sehinggalah satu hari Mak tanya, "Sebah bila nak ambil lesen?" "Priority ni. Susah kalau tak ada lesen".
Waktu tu dah hujung bulan November rasanya. Barulah aku kelam-kabut nak mendaftar kelas memandu semula. Apa jua dokumen yang aku ada sebelum ni bersama-sama Surfine, dah tamat tempoh. Jadi aku buat semua segalanya daripada 0, kali ini dengan IMKEDA. Agak lewat aku mendaftar sebab aku akan bertembung dengan pelajar lepasan SPM yang berbondong-bondong turut serta mendaftar. Kalau aku dah daftar siap-siap selepas tamat praktikum pada hujung bulan Oktober, pastinya calon tidak seramai itu.
Tak boleh buat apa, rancangan mesti diteruskan. Jadi segala proses berulang kembali. Aku pergi mendengar ceramah selama enam jam di Keramat. Majoriti adalah lepasan SPM. Namun aku berbangga sebab adik-adik ni tak percaya apabila aku kata umurku sudah 25. Mereka fikir aku sebaya dengan mereka. Hihihihi.
Aku tersentak mendengar segala perubahan dan pembaharuan yang mesti kami lalui. Kalau dahulu cuma ada ujian bukit, parkir, serta three-point-turn (di litar); sekarang ada tambahan yakni ujian laluan berbentuk S dan Z. Oh bukan itu saja, ada amalan teori yang dipanggil Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Sebelum Memandu (RSM). Lagi satu, buku yang dibekalkan langsung tidak sama dengan buku sebelum ini. Sekarang bukunya tebal dan besar, sesuai dihempukkan ke kepala orang yang anda geram dengannya. Leceh sungguh buku besar-besar ni. Tak apalah. Nak buat macam mana kan?
Baik, apa itu RPK? RPK ialah satu proses pemeriksaan kereta yang semua calon mesti lalui. Calon dikehendaki memeriksa semua bahagian kereta; bonnet, bumper, bawah kereta, cermin, wiper, pintu kereta, tayar, tingkap.... kesemuanyalah. Calon juga mesti dapat mengenalpasti yang mana satu radiator, minyak enjin, cecair brek, air wiper, bateri, tali sawat dan beberapa lagi komponen lain dalam bahagian bumper kereta. Maka, terpaksalah kami hafal segala benda alah itu. Aiyaa.... Walaubagaimanapun, aku tidak menafikan kebaikan terhadap pendedahan bahagian-bahagian kereta ini. Sekurang-kurangnya calon (lebih-lebih lagi calon perempuan) untuk mengetahui serba sedikit tentang bahagian kereta.
RSM pula. Apa itu RSM? RSM tidak banyak bezanya dengan format ujian sebelum ini iaitu memastikan bahagian-bahagian kereta seperti cermin, brek tangan, gear, wiper, dan sebagainya berfungsi sebelum calon hendak memandu. Cuma ada tambahan daripada segi calon mesti menyebut segala lampu yang ada di 'instrument panel'. Contohnya; "Lampu bateri berfungsi tuan." Lampu brek tangan berfungsi tuan." Tolok enjin, tolok suhu.... dan kalau boleh semuanya yang ada di situ.
Nasiblah kalau dapat pegawai yang cerewet, mungkin calon terpaksa menyebut satu-persatu indikasi yang ada di panel tersebut. Wallahi, kadang-kadang proses ini membuatkan calon bertambah gugup dan jadi caca-marba semasa hendak memandu. Jadi, inilah dia sedikit-sebanyak yang dapat aku celotehkan tentang pembaharuan yang dilaksanakan oleh JPJ untuk calon ujian memandu pada masa kini dan masa akan datang.
![]() |
| Ujian komputer. |
Sebelum aku tamatkan bahagian ini, aku nak tambah sikit cerita tentang Lesen Automatik (DA). Aku ambil lesen kereta D, manual. Semasa ceramah, barulah aku tau rupa-rupanya calon boleh memilih untuk ambil lesen DA. Habis saja ceramah, aku terus telefon Kak Ros. Katanya, kena buat keputusan cepat-cepat kalau nak ambil DA sebab dia nak terus masukkan nama aku ke dalam sistem untuk menduduki ujian komputer, dan lain-lain dokumentasi. Kak Ros ada cakap guru untuk lesen DA tidak ramai dan kereta auto juga terhad. Jadi, dikhuatiri latihan lambat dihabiskan sebab nisbah sekolah dan kereta auto yang tidak seimbang. Aku telefon suamiku Amirul dan tanya pendapatnya sambil ulang semula maklumat yang disampaikan Kak Ros. Akhirnya Amirul kata, "Ambil jelah manual. Kali ni buat betul-betul". Aku telefon semula Kak Ros, dan beritahunya aku akan teruskan ujian dengan kereta manual. Kak Ros juga ada sebut yang yuran DA lebih RM 300 daripada manual, dan aku terpaksa mendengar sekali lagi ceramah lain kalau nak ambil DA. Wallahualam. Ini menjadi antara faktor aku lupakan hasrat konon-konon hendak mengambil lesen DA.
Panjang dah ni. In shaa ALLAH kita sambung lagi ok?
Love,
Nusaybah.

Comments
Post a Comment