Lesen Memandu Bahagian 4: Hampir ke situ

Kereta Kancil digunakan untuk ujian di litar, manakala kereta Viva digunakan untuk ujian jalan raya. Gambar daripada Yahoo Images.

Harinya sudah tiba. Kalau nak diikutkan rekod, ini adalah kali keempat aku menduduki ujian memandu. Sebelum 8 pagi aku dah menunggu di SAZA, Amirul hantar. Akan ada pekerja yang membawa calon ke IMKEDA Cheras. Berjumpa semula dengan wajah-wajah yang kukenal, Adriana dan Mamat A. Berkenalan juga dengan kawan baru, Shafiqah namanya. Sebaya dengan Adriana (19 tahun kalau tak salah). Dia ambil ujian ulangan bahagian litar. Jalan raya sudah lulus. Dia gagal di ujian parkir.

Setibanya di sana, mula-mula kami mesti tengok jadual ujian. Aku, Adriana, Mamat A ambil semua ujian; litar dan jalan raya. Shafiqah ulangan di litar. Mamat B ulangan jalan raya. Nama kami semua dijumpai di Sesi 3. Aku dah tahu, pastinya lama tempoh menunggu.... sudahlah hari Jumaat, sesi 3 dah tentunya bermula lepas solat Jumaat. Sabar jelah...

Nasiblah juga hari Jumaat, kami dapat gunakan ruang solat lelaki; luas sikit. Ruang solat perempuan memang kecil. Masa rehat panjang. Aku, Adriana dan Shafiqah sempat tidur dulu sebelum sesi ujian bersambung semula. Memang tepat ramalan aku, bayangkan giliran kami hanya tiba pada pukul 3.30 petang. ALLAHU ALLAH. Enam jam kami menunggu. Tekanan mental, cuaca yang amat panas, letih fizikal dan emosi. Semua jenis keletihan ada. Wallahi aku tak tipu, cuaca panas betul. Adriana sampai nak migrain. Nombor giliran aku, Mamat A dan Adriana berturut-turut. Kami memulakan ujian di litar terlebih dahulu. 

Setelah menghadapi cuaca yang panas selama berjam-jam, mental dan fizikal sememangnya lemau. Semasa di bukit, cubaan pertama aku cantik; tayar betul-betul di tengah garisan kuning. Tapi apabila hendak turun bukit, agaknya 'clutch' tak masuk, aku terundur kebelakang. Aku bagi isyarat kepada pegawai untuk mencuba sekali lagi. Kali ini, tayar langsung tak jejak garisan kuning, wajahku dah pucat. Pegawai bagi isyarat untuk turun. Alhamdulillah aku tetap lulus. Untuk pengetahuan semua, semasa aku pasang enjin kereta, kakiku sebenarnya sudah lembik dan menggeletar. Terlalu letih dan cemas. Menggelabah. Mungkin itu sebab 'clutch' tak masuk semasa di percubaan pertama. 

Apabila selamat mengambil borang daripada pegawai di pondok bukit, aku diarahkan untuk ke petak parkir nombor 3. Sebaiknya sebelum tiba di petak parkir, aku tidak perlu memakai tali pinggang keselamatan. Sebabnya? Aku jadi kelam kabut. Yelah dengan perasaan cemas semua kan? Ok dah sampai depan pegawai> cabut tali pinggang> keluar dari kereta dan hantar semula borang kepada pegawai di pondok parkir> masuk kereta> mulakan ujian parkir. Tiba-tiba waktu tu tali pinggang buat hal, terlalu ketat susah nak tarik. Aku hampir saja tak pakai tali pinggang. Pegawai nampak dan menyuruh aku memakai tali pinggang. Memang kalut sangat waktu tu yaALLAH. Pakai juga tali pinggang dalam keadaan kelam-kabut dan terus undurkan kereta ke belakang. Caca-marba. Tak tepat seperti yang aku lakukan dalam latihan. Kereta menyenget teruk. Wallahi tak pernah aku buat kesalahan macam tu semasa latihan. Pegawai suruh tarik brek tangan, dan keluar dari kereta. Gagal. Aduh! 

Kecewa lagi. Ambil borang, terus ke pondok menunggu untuk ujian jalan raya. Gugup. Tapi sedaya upaya menenangkan diri. Dapat pegawai lelaki Melayu. Kena buat RSM (RPK dah buat sebelum ujian bukit tadi). Sungguhlah aku buat ala kadar saja. Sepatutnya kena sebut satu-persatu lampu di 'instrument panel', aku cakap "Semua lampu menyala tuan". Hahahaha. Dan kesalahan pertama aku; tak lepaskan brek tangan. Pegawai kata, "Itu lampu apa yang menyala tu (di panel)?" Aku jawab, "Lampu hand brake tuan," sambil menggigit lidah. Hoho. Tapi aku tetap cool, dan cuba ingat apa jua yang PCI dah ajar. 

Pendek cerita, alhamdulillah aku masih memandu sampailah ke titik permulaan ujian jalan raya tadi. Syukur syukur. Sekurang-kurangnya taklah aku gagal kedua-dua bahagian ujian. Aku sangat berbangga sebab tak pernah ada sekali pun enjin mati sepanjang ujian jalan raya tu. Aku dapat Jalan 3; jalan yang panjang dan lebih susah berbanding jalan 4. Ada U-Turn yang sempit (sebab kawasan tu banyak kereta), banyak lampu isyarat, kena guna gear 1-3, naik bukit, turun bukit, macam-macam ada. Maka terbuktilah hipotesis teknik pengajaran PCI yang berkesan dalam pengawalan 'clutch', minyak dan brek. 

Mamat A, Adriana pun lulus jalan raya (dan gagal juga di litar). Shafiqah gagal juga semasa di parkir. Mamat B yang membuat ulangan jalan raya lulus kali ini. Aku telefon Amirul dan memberi perkhabaran tersebut kepadanya. Dia kata, "Tak apa, oklah lulus jalan raya." Bayangkan tiga tahun lalu aku gagal ujian jalan raya sebanyak tiga kali. Kini aku lulus ujian jalan raya dengan agak cemerlang. Hahahaha. Alhamdulillah...

Sudah hampir 5 petang, kami semua pulang. Cadang nak terus ke SAZA dan membuat bayaran untuk ujian seterusnya. Tapi tak sempat, SAZA dah pun tutup. Hari Isnin 30/3, aku jumpa Kak Ros dan buat bayaran. Kak Ros beritahu aku satu rahsia sulit. Katanya, kalau nak cepat buat ujian, kena tambah RM 50 lagi supaya dia boleh bayar 'runner' di IMKEDA dan daftarkan namaku untuk ujian yang akan datang. Kalau aku tak tambah RM 50 tu, in shaa ALLAH bulan Mei nanti barulah giliran aku tiba. Leceh kalau macam tu. Aku nak cepat. Kalau bulan Mei nanti, rasanya perut aku pun dah nampak, jadi nak kena dapatkan surat doktor pula (dapat pengecualian untuk tidak memakai tali pinggang semasa ujian). Satu kerja nak dapatkan surat doktor tentang kehamilan aku, dan setelah sebulan lebih aku mesti perlukan kelas tambahan sebab dah lupa semua... duit lagi. Satu jam kelas tambahan dikenakan caj RM 35. Sebelum ni dah melayang RM 140 untuk latihan tambahan sehari sebelum ujian. Aku tak mampu nak bayar untuk kelas tambahan lagi. Ribuan ringgit sudah habis. Cukup-cukuplah tu. 

Jadi aku tak mengambil masa yang lama apabila Kak Ros cakap pasal RM 50 tu. Alhamdulillah ujian aku yang kedua (atau kelima) dijadualkan pada 8 April 2015, 12 hari selepas ujian yang pertama. Kali ini aku lebih tenang, sebab ada satu bahagian ujian je yang aku kena hadap. Aku berdoa banyak-banyak pada ALLAH semoga aku lulus kali ni, dan semoga aku dapat sesi pagi supaya mental dan fizikal tidak terlalu letih seperti sebelum ini. 

Sambung di bahagian akhir ok?

Love,
Nusaybah.

Comments

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal