Anak oh Anak: Ingat Senang Ke?
Usai sesi akad nikah di Masjid Jami'lhuda Ampang, Selangor. Setelah tujuh tahun bercinta, alhamdulillah akhirnya aku dan pilihan hatiku, Muhammad Amirul Azreen selamat diijabkabulkan pada 29 Disember 2013. Tarikh asal majlis kami sepatutnya adalah pada bulan Januari 2014. Namun aku berjaya mempengaruhi bakal mak mertuaku ketika itu untuk mempercepatkan majlis kepada bulan 12 2013 supaya kami berdua masih berumur 24 tahun semasa bernikah. Boleh tak? Hehehe. Yelah, di Malaysia kita tak ikut bulan kelahiran, tapi tahun, kan? Jadi, aku saja jelah, dah alang-alang boleh kahwin pada umur 24 tahun, kenapa nak tangguhkan kepada umur 25 tahun, ye tak? :D Sebelum aku fokus kepada tajuk di atas, aku nak selitkan beberapa perkara yang aku rasa ada baiknya aku kongsi di sini. Pertamanya, aku tidaklah berbangga dengan tempoh percintaan aku dan Amirul yang selama tujuh tahun tu. Maksud aku di sini, yelah kita semua tahu ber 'couple' itu haram, biarlah macam mana pun kita nak pe...