Masak-masak: Caramel Pudding

Rupa caramel pudding yang baru dibawa keluar daripada oven.















Mak buyung mengidam sangat-sangat nak makan caramel pudding ni. Aku yang sebenarnya tak rajin memasak. Jadi aku usaha dapatkan nombor ahli keluarga arwah Pak Cik Syed (yang merupakan bau-bau bacang kepada keluarga aku) yang merupakan penjual caramel pudding dan dadih paling sedap yang aku pernah makan, supaya aku boleh bertanya di mana mereka ada menjualnya. Aku berjaya dapatkan nombor anaknya daripada seorang kawan, namun aku sehingga kini masih tidak menghubunginya. Bukannya penting sangat, sekadar mengidam je.

Bagi mereka yang diam di kawasan Bukit Indah Ampang, pastinya pernah kenal arwah Pak Cik Syed yang menjual puding dan dadih yang sedap ni di luar Bukit Indah Supermarket. Namun sejak pemergiannya, dah susah nak jumpa caramel pudding yang sedap kegemaranku ini. Anak-anak arwah ada menjualnya semasa bulan Ramadhan di bazaar ramadhan di Bukit Indah. Erm... jadi takkanlah aku nak tunggu lagi dua bulan baru nak dapat makan puding ni kan? Hai sedih bebenor. 

Oleh itu, pada hari Isnin yang lepas (6.4.2015), aku cari resepi caramel pudding yang mudah untuk aku buat di internet. Search: caramel pudding recipe. Aku jumpa satu resipi yang paling mudah. Ok nanti aku ceritakan langkah demi langkah ye?


Bahan-bahan:
3/4 cawan gula untuk dimasak
3/4 cawan gula untuk puding
6 biji telur
3 cawan susu (aku guna susu segar)
2 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:
1. Masak 3/4 cawan gula menggunakan kuali besar dengan api yang tidak terlalu kuat. Masak sehingga gula cair sepenuhnya dan berwarna coklat keemasan. Tuang di dalam bekas yang boleh dimasukkan ke dalam oven. 

Kacau gula sampai cair sepenuhnya. Kalau rasa lambat gula mencair, kuatkan api sedikit.

Gula dah cair. Beautiful!

Tuang cepat-cepat dalam bekas. Jangan panik kalau gula tu mengeras. Memang dia akan keras pun. Pandai-pandai agak saiz bekas. Kalau ikut resipi asal, caramel dituang ke dalam enam bekas kecil. 







2. Pukul telur, susu, esen vanila dan 3/4 cawan gula dalam mangkuk besar. Pukul sehingga semua bahan-bahan 'combined' dan mesra. Tak perlu sampai berbuih-buih. Tuang ke dalam bekas tadi. Kalau ada dengar bunyi gula tu pecah, itu normal ye?

3. Letak bekas di atas loyang. Tuang air panas mendidih dalam loyang tadi sehingga lebih kurang 1 inci tinggi air tu. (Tapi loyang aku cetek, rasanya tak sampai 1 inci pun). Bakar selama 40-45 minit dengan suhu 170c. Bila oven berbunyi, aku cek dulu sama ada dah betul-betul masak atau belum menggunakan garpu. Garpu nampak suci bersih lepas cucuk di pudding bermakna dah masaklah tu. Alihkan bekas daripada loyang dan sejukkan. 

Nampak tak ada air dalam loyang tu?

Siap! Gorgeous!! Tapi ada kulit warna coklat pekat tu mungkin sebab telur yang berlebihan sebab telur yang aku gunakan saiz besar. Alhamdulillah rasa telur taklah kuat sangat.

Marvelous! Suamiku Amirul puji katanya sedap. Sampai dah habis pun dia minta lagi. Hohoho. Nak kena buat lagi nampaknya. Hehehe.

4. Gunakan pisau sekeliling pudding untuk mudahkan pudding keluar daripada bekas (kalau nak keluarkan). Siap! Tunggu sejuk sikit baru makan ye?

Resepi asal: http://www.tasteofhome.com/recipes/caramel-custard

Macam mana? Senang kan? Alhamdulillah senang sangat sampaikan orang yang tak berapa rajin masak macam aku pun dapat buat dan menjadi pada kali pertama percubaan. Suami pun suka. Hewhewhew. Lepas ni rasanya tak perlu beli dah betul tak?

Sementara menganggur ni, bolehlah aku rajin-rajinkan diri belek-belek resipi yang mudah dan cuba buat di rumah. Tapi nak beli bahan-bahan kena 'pau' mak jugalah memandangkan ongkosnya ku tak berapa nak ada. Minta maaf ye mak? 

Entah bila nak ada post masak-masak lagi. In shaa ALLAH tak lama lagi. Hehe.

Selamat mencuba!

Love,
Nusaybah.

Comments

  1. Aww... Hubby I pun pandai masak jugak.. Dia duly assistant chef one.. Bukan chef wan ye... Ni mengidam tak lama lagi dapat baby super kawaii macam I.. All the best yaaa.... U boleh LA join group suri Rumah tangga Kat ampang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. You pandai masak tak? Ke hubby je yang masakkan semuanya? Ada ke group suri rumahtangga tu? Muehehehehehehe.

      Delete
    2. Group tu untuk young couple je... We olls tak main 26 ni...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal