Car Boot Sale
Assalamualaikum wrt wbt,
In shaa ALLAH dalam 'post' kali ini, aku nak berkongsi sedikit kisah pengalaman aku menyertai car boot sale pada hari Ahad yang lepas (5.4.2015). Dah lama aku teringin ikut serta dalam car boot sale ni. Sebabnya, aku memang ada baaaaaaanyak barang yang aku nak jual. Ya, dah tentunya pada harga yang murah atau lebih tepat kalau aku katakan; pada harga yang berpatutan dengan kualiti dan keadaan barang tersebut.
| Kereta abah diserbu pembeli. Aku dan mak tak menang tangan. |
Aku pun mula mencari di internet: car boot sale Ampang, car boot sale Kuala Lumpur. Akhirnya aku jumpa dua tempat yang berhampiran dengan rumah yang menganjurkan car boot sale ni. Pertama, di kawasan parkir sebelah Satay Station di Ampang Waterfront. Kedua, di kawasan parkir di AU5 Lembah Keramat. Setelah dikaji, nampaknya car boot sale di Lembah Keramat yang masih aktif (aku tengok di facebook). Ada maklumat bagaimana nak hubungi penganjur, segala syarat dan bayaran semuanya tertera dalam 'page' facebook Car Boot Sale Lembah Keramat ni.
Aku pun sms penganjur ni, mengatakan aku berminat nak sertai car boot sale tu. Masih ada kosong ke? Nak dipendekkan cerita, ambil masa empat hari jugalah nak dapatkan 'confirmation' daripada pihak penganjur ni. Ada tiga pilihan sesi, Sabtu, 3petang - 7petang. Hari Ahad pula, ada sesi pagi 7-12tgh dan petang sama seperti hari Sabtu. Aku pilih untuk menjual pada waktu pagi. Tapi kata pihak penganjur, yang pertama kali nak sertai mesti ambil sesi petang dulu. Pada minggu lain barulah dia akan 'rotate' semula jadual sesi tersebut. Ini adalah syarat-syarat dan penerangan tentang bagaimana nak menyertai car boot sale ni:
Alhamdulillah, nasiblah mak dan abah nak layan aku dan teman aku ke car boot sale ni. Yelah barang-barang rumah ni banyak juga yang mak sendiri kumpul untuk dijual. Harinya pun tiba, kami bertolak dari rumah jam 2 petang, dan sampai di sana jam 2.20 petang. Terus bertanya pada peniaga lain yang dah berada di situ dimanakah dia tapak no. 45 (penganjur bagi nombor tapak dalam sms). "No. 45 ye? Kat depan kedai Singer tu bang," kata akak tu pada abah.
Parkir kereta, mula keluarkan barang-barang dan susun di belakang boot kereta. Tiba-tiba ramai orang mengerumuni kereta abah. Tak sempat pun kami nak susun barang sampai siap, mereka sendiri dah punggah beg baju yang kami letak di atas jalan. Kelam-kabut betul. "Dik yang ini berapa?" "Dik, dik...yang ini berapa ringgit dik?" Kalut aku jadinya sebab semuanya tak ada tanda harga. memang kena tanya aku berapa harga setiap barang. Lama kemudian, aku simpulkan yakni mereka tahu kami orang baru di situ, jadi berebut-rebut nak lihat barang apa yang kami bawa. Peniaga lain mungkin dah selalu di situ, jadi tak ada barang baru. Kamilah yang kononnya membawa barang baru tu.
Sebagai orang baru, kami tak peka lagi dengan 'kawalan' harga yang berlangsung di car boot sale ni. Rupanya harga yang aku letakkan terlalu mahal bagi pembeli-beli 'regular' di sini. Aku pun perasan kebanyakan pembeli adalah warga Indonesia yang diam di kawasan itu. Mereka biasa dengan harga RM1- RM10. Bahkan RM10 pun kadang-kadang dianggap mahal. Jadi apabila aku beritahu, "Oh, yang itu RM30 kak". Terkejut beruk juga mereka. Aku pula pada awalnya memang tolol tak tahu yang harga barangan aku rupanya mahal banget! Sampai ada yang kata, "Alahai kesian orang tu nak beli, tapi mahal sangat!".
Aku ada juga rasa bersalah pada awalnya. Tapi aku terpaksa juga berkeras sebab barangan aku kebanyakannya masih tiptop lagi. Senang-senang je nak ambil dress aku yang masih meletup tu dengan harga RM10. Tak bolehlah macam tu kan? Sampaikan aku kerugian besar apabila 'instant shawl' yang aku beli pada harga RM79, dan dalam keadaannya masih sempurna, aku nak jualnya pada harga RM50. Nak tau berapa RM akak tu beli? RM5 je hui.... Aku redha jelah. Tambahan waktu tu hujan lebat, aku pun.... "Bolehlah kak"....Dalam hati sendu dan pilu. Sob sob sob...
Lepas-lepas tu, aku memang bertegas dengan harga aku. Bergantung pada keadaan baranglah kan? Dah tentu ada tawar-menawar. Dapat harga yang logik, oklah. Kalau tak logik aku memang kata, "Minta maaf banyak-banyak". Namun begitu, untuk pengetahuan kalian, kebanyakan masa aku kalah. Pembelilah yang menang dan berjaya dapat harga murah kaw-kaw. Redha jelah. Kena juga fikir, sekurang-kurangnya dapat juga duit daripada tak dapat apa langsung kan?
Banyak juga dugaan pada hari tersebut. Dengan sikap pembeli dah satu hal, cuaca tak menyebelahi kami pada awalnya, sebab hujan lebat-selebatnya turun. Alhamdulillah cuaca bertambah baik dalam pukul 4 macam tu. Masuk waktu asar, mak dan abah mendirikan solat di Petronas berdekatan. Aku agak Petronas tu dah lama sebab suraunya hanya satu, lelaki dan perempuan kongsi satu surau. Memang tak selesa. Tempat ambil wuduk perempuan adalah di dalam bilik air yang sinkinya bocor. Tak ada tempat ambil wuduk yang khas. Tak ada pilihan, buat sajalah. (Mungkin dalam keadaan aku sedang mengandung, sikap cerewet dan mengada-ngada tu lain macam sikit).
Jam 6.30 petang, kami mula mengemas barang dan masukkan ke dalam boot kereta. Aku catat segala jualan dalam buku nota supaya senang nak pastikan apa yang dah terjual, dan pada harga berapa aku jual barang tu. Syukur, jualan bersih adalah sebanyak RM287. RM37 untuk barang-barang mak dan abah, selebihnya adalah barang aku sendiri.
Oklah kan? Siapa nak bagi RM287 ye tak? Cuma jual barangan terpakai, dapat kumpul sebanyak tu, aku bersyukur ke hadrat ALLAH SWT, alhamdulillah. Dapatlah simpan duit tu untuk beli barangan bayi nanti. Hehehehe.
In shaa ALLAH minggu ni nak menjual lagi. Baru saja tadi aku sms penganjur. Harapnya ada kekosongan. Kita tunggu dan lihat sama ada aku akan terus bertegas dengan harga aku yang mahal, ataupun aku terus menyerah kalah. Hahaha.
p/s: Selagi tak jumpa kawasan car boot sale lain yang dekat dengan rumah, selama itu akan bertapak jelah di sini. Kalau ada jumpa kawasan lain yang mungkin kawasan orang kaya ke, entah orang kaya beli ke barangan terpakai ni? Kena fikir juga tu. Kalian ada tahu di mana-mana tempat lain ada buat car boot sale dalam kawasan Ampang?

| Berteduh dulu sehingga hujan reda. |
Comments
Post a Comment