Lesen Memandu Bahagian 5: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Pelekat P. Gambar diambil di dalam pejabat IMKEDA Cheras, 8 April 2015. Usai lulus ujian. 
Punyalah panjang al-kisah perjalanan aku mengambil lesen memandu ni kan? Aku mula menulis pukul 9.15 pagi tadi, sekarang dah pukul 3 petang. Semangat ni. Semangat nak bagi habis cerita yang pastinya terpahat dalam kepala aku sampai bila-bila. Ambil lesen lima kali tu, agaknya dah layak disenaraikan dalam Malaysia Book of Records. Hihihihi.

Dalam 'post' yang lepas, aku berharap sangat agar aku akan lulus kali ini, dan moga-moga aku dijadualkan dalam sesi pagi supaya aku tak perlu lagi menempuhi ketegangan mental dan fizikal seperti sebelum ini.

8 April 2015. Seperti biasa, Amirul hantar aku pagi-pagi di SAZA. Pukul 8.30 macam tu barulah bergerak ke IMKEDA Cheras. Aku beritahu pada Syafiqah tentang RM 50 tu, dan dia pun turut melakukan hal yang sama. Tapi rezeki aku dapat hari Rabu, ujian Ika dijadualkan pada hari Jumaat 10 April 2015. Aku ada juga maklumkan Adriana, tapi nampaknya Adriana tak melakukan yang sama menyebabkan namanya masih belum dipanggil untuk ujian ulangan.

Kali ni ada 11 orang dalam van. Ramai. Kalau hari Jumaat calon tidak seramai hari Rabu sebab ada rehat untuk solat Jumaat. Memang tepat telahan aku, kali ini calon lebih ramai daripada ujian sebelum ni. Pertama sekali yang kami lakukan setelah tiba di IMKEDA ialah mencari nama di dalam jadual. Alhamdulillah, nama aku kali ini ada dalam sesi 1. Syukur, syukur. 

Aku bergerak solo sebab yang lain-lain nampaknya ada geng masing-masing. Terus masuk ke bilik taklimat, dapatkan nombor dan bergerak ke pondok RPK. Ujian berlangsung sangat laju dan lancar. Ada empat kereta di pondok RPK, bermaksud maksimum empat calon boleh melakukan ujian itu serentak. Di bahagian parkir pula, kalau semasa ujian sebelum ini hanya satu pondok dibuka (dua calon boleh lakukan ujian serentak), kali ini dua pondok dibuka, bermaksud empat orang calon boleh parkir dalam masa yang sama. 

Sambil menunggu giliran, aku berkenalan dengan Amira, pelajar lepasan SPM. Dia juga mengambil ujian ulangan. Gagal di bukit dalam ujian sebelum ini. Panjang kami berborak. Nombor gilirannya awal tiga nombor daripada aku. Kami sama-sama ucapkan selamat kepada satu sama lain semasa nombor giliran semakin hampir.

Cepat, tangkas, pantas. Giliran aku tiba pada jam 11.20 mungkin. Kali ini aku memang tenang-tenang saja. Aku 'visualize' segalanya yang aku dah pelajari. Semasa di bukit, alhamdulillah memang cun melecun hasil aku kali ini. Aku tekan 'clutch' kuat-kuat dan banyak kali betulkan gear untuk pastikan gear masuk dengan tepat. Turun bukit pun alhamdulillah sempurna. Ambil borang daripada pegawai di pondok bukit> masuk kereta> tak pakai tali pinggang> hantar borang kepada pagawai di pondok parkir> masuk kereta semula> tenang-tenang saja, pakai tali pinggang> mula buat parkir. Apabila dah yakin parkir dah cantik, aku pandang ke arah pegawai dan belum apa-apa pegawai dah angguk senyum. Aku pun angkatlah tangan, bermaksud dah siap parkir dan bersedia untuk keluar. Lega.... dah selesai...Syukur yaALLAH syukur...

Menuju pula ke ruang three-point-turn. Aku lakukan kesilapan di sini. Sepatutnya bahu aku selari dengan pokok yang ada di situ. Tapi tak selari dan aku telah pun berhenti. Akibatnya, semasa nak mengundur, aku telah termakan ruang di bahagian kiri jalan dan menyebabkan kawasan menjadi sempit untuk aku bergerak keluar. Aku hampir panik. Pandang ke kanan, pak cik berbaju hijau (PCH) bagi isyarat tangan dan menggerakkan bibirnya seolah mengatakan "Keluar cepat, keluar cepat!!" Pegawai di pondok parkir sedang memandang ke arah kiri. Aku mesti cepat keluar. Walaupun sedikit kalut, aku tetap lagi berhati-hati supaya tidak melanggar tebing semasa hendak keluar. Alhamdulillah selamat! Kalau saja pegawai menoleh ke arah kanan, aku mungkin tak selamat...

Cool, perlahan-lahan aku pandu kereta ke arah laluan Z. Berjaya!!! Alhamdulillah Ada satu saja lagi, laluan S!! Tenang...tenang...  Selesai laluan S. Tamat sudah. YaALLAH...macam tak percaya. Aku terus pandu kereta ke bahagian bukit dan berhentikan kereta di situ. Di belakang kereta aku, Amira pula berhentikan keretanya. Kami cepat-cepat mendapatkan satu sama lain, tersenyum dan ketawa. "Alhamdulillah...lulus...alhamdulillah!" 

PCH yang bagi isyarat pada aku tadi beri arahan untuk dapatkan borang di pondok parkir dan menuju pula ke pondok taklimat untuk pulangkan nombor. "Oh seronok ye lulus?" kata PCH tersebut. "Mestilah!!" Jawab aku dan Amira serentak. Cepat-cepat kami menuju ke pondok parkir masing-masing dan ambil borang kami. 

Di pondok taklimat, mak cik urusetia terus minta RM 5, untuk pembelian pelekat P apabila melihat kotak lulus di dalam borang ditandakan. Alhamdulillah... tamatlah sudah... Macam tak percaya je. Alhamdulillah ALLAHUAKBAR! 

Lima kali kawan-kawan. L.I.M.A K.A.L.I. Barulah aku berjaya lulus ujian memandu ini. Maha Suci ALLAH yang mengurniakan rezeki. Alhamdulillah pada umur 26 tahun, dengan adanya nyawa dalam rahimku, dengan keadaan aku menganggur dan hampir saja kehabisan wang, akhirnya aku lulus!!! 

Kepada adik-adik lepasan SPM, aku 100% sokong kalau adik-adik nak ambil lesen kereta sekarang. Jangan ditangguh-tangguh nanti jadi macam aku ni ha, umur 26 baru dapat lesen. Umur 28 nanti baru dapat lesen penuh. Syukur sempat juga selesaikan sebelum aku melahirkan. Lega sangat-sangat. Alhamdulillah terima kasih yaALLAH.

Sebelum aku tamatkan kisah yang berjela-jela ni, aku nak perkenalkan kalian kepada Zata dan Sofia yang aku kenal di dalam surau sementara menunggu Encik Fizi datang menjemput kami.

Arina Zata namanya. Kami naik van yang sama. Arina ulang ujian jalan raya. Lepasan SPM. Memang kelakar dan happening Zata ni.

Sofia. Nama selembut wajahnya. Hehe. Juga baru habis sekolah. Sekarang bekerja di sebuah farmasi di Petaling Jaya sementara menunggu panggilan masuk ke institusi pengajian tinggi. 

Masih ada cebisan kisah atau maklumat yang aku tercicir sepanjang menulis tentang topik ini. Contohnya; aku nasihatkan adik-adik jangan beli buku latihan ujian komputer berharga RM 5. Membazir je sebab di bawah setiap soalan dah ada jawapan. Entah apa-apa. Aku beli, tapi akhirnya tak guna. Aku buat latihan menggunakan aplikasi Ujian JPJ yang aku jumpa di kedua-dua Apple dan Android. 

Kalau ada apa-apa komen dan soalan jangan segan-segan tulis ye? Akhir kata, kepada yang ingin mengambil lesen, berdoalah banyak-banyak semoga ALLAH permudahkan segalanya. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Tak percaya? Kisah aku inilah buktinya. :)


Love,
Nusaybah.

Comments

  1. Ala... Ciput je pasal saya... Macam mana nak famous ni...

    ReplyDelete
  2. Samala kita ni..umur da nak masuk 26..besok kali kedua sy test jpj ni..pray for me yerr:)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah akk punya ujian lg berat la ye . Amik lesen smpai 5 kali .. Sy baru je gagal ulangan ke-2 nie .. Skrg rasa down giler .. Nak menangis pun ada . Huwaaa ☹️😭

    ReplyDelete
  4. ye nanti sya mau ambil lgi lesen memandu yg ketiga kali dah 😭 2 kali sdh gagal and rasa mcm putus harapan, my mum pun marah siot knp balik2 gagal 😭 rsa mau ulang pun gugup jga lah sbb sdh gagal bnyk kali. duit pun beribu sdh πŸ’ΈπŸ’Έ haihh harap2 lulus lah ni kali.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Working Experience Part 4: Intern Journalist at NSTP

Lesen Memandu Bahagian 1: Gagal